Berat Badan Anak Semakin Menurun. Ini 6 Sebab Ibu Bapa Harus Ambil Tahu..


Image may contain: 1 person, sleeping, baby and closeup

Si manja sudah mencecah usia 10 bulan. Kalau dahulu, dia berisi dan tembam, kini semakin susut. Ramai yang bertanya “Awak bagi anak awak makan cukup tak?”. Menurut kajian yang dilakukan oleh WHO, si kecil yang memiliki berat badan berlebihan berisiko untuk mengalami masalah jantung, kolesterol dan tekanan darah tinggi pada masa hadapan. Jadi, anda jangan bimbang.  Asalkan si manja aktif, sihat dan menunjukkan perkembangan berdasarkan usianya, ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah. Jangan pula si kecil terlalu kurus kerana ia juga tidak normal untuknya. Fahami 6 sebab kenapa si manja kehilangan erat badannya.

1. Semakin aktif
Dia semakin aktif dan menyebabkan kadar metabolisme meningkat. Ditambah dengan masalah cerewet makan, beratnya akan menurun. Perhatikan sekiranya dia kelihatan mengah dan penat semasa berjalan atau merangkak. Dia mungkin perlukan lebih banyak tenaga. Rujuk pakar pediatrik untuk mendapatkan kepastian.

2. Kecacingan
Masalah cacing menjadi penyebab sistem penghadaman si manja tidak efektif untuk menyerap zat makanan yang dimakan. Anda perlu memantau pengambilan dos ubat cacing setiap enam bulan sekali bagi bayi berusia 12 bulan ke atas.

3. Keturunan
Keturunan keluarga yang memiliki badan yang kecil akan meningkatkan kemungkinan si manja cenderung untuk mempunyai bentuk badan yang sama.        

4. Waktu makan
Jarak masa antara waktu makan juga memainkan peranan. Jarak masa yang lama akan menyebabkan tenaganya tidak stabil sehingga dia perlu menggunakan lemak dalam tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga. Hal ini akan menyebabkan penurunan berat badan. Waktu makan yang sesuai ialah setiap tiga hingga empat jam dengan pemberian snek antara waktu makan utama.

5. Banyak ambil cecair
Pemberian makanan dalam bentuk cecair seperti susu ibu, jus atau air kosong dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan si manja menjadi kenyang dan tidak mengambil makanan pejal dalam jumlah yang sepatutnya. Ini juga faktor penyumbang kepada penurunan berat badan si manja.

6. Pemilihan makanan
Banyak mengambil makanan berserat juga menjadikan si manja kenyang lama dan menolak makanan walau pun waktu makannya tiba. Dengan ini, berat badannya akan menyusut. Pastikan juga anda memberikan diet seimbang yang mengandungi variasi makanan kepada si manja supaya dia tidak lekas bosan.
Share on Google Plus

0 comments: