Gambar sekadar hiasan |
Tiga tahun aku campak kasih sayang seorang isteri macam itu sahaja. Aku bukan saja mengabaikan isteri dan anak-anak, malah masa depan kami. Aku kejar duit, kerja siang malam, anak isteri di rumah aku biarkan. Aku keluar jumpa kawan, meeting sampai lewat malam. Iyalah, kalau tak ada duit, macam mana nak bahagian, kan? Semuanya isteri yang uruskan termasuk tempoh berpantangnya.
Aku keluar siang malam demi perniagaan. Aku tiada masalah dengan hubungan seperti itu sebab bila balik rumah, isteri nampak biasa saja. Jadi aku rasa dia mungkin boleh terima. Walaupun sudah ada anak pertama, Khairil, taku tak teruja sangat sebab aku tahu kerja aku, mencari duit. Tetapi itulah, nama saja ada isteri, namun kami tidak menikmati status itu pun.
Waktu bersama dan berbual, kami langsung tiada. Bertahun aku biar dia begitu. Entahlah, aku rasa kami dah selesa macam ini agaknya? Aku tengok kawan-kawan yang lain macam bahagia saja dengan keluarga mereka. Pergi ke mana-mana pun pegang tangan isteri. Anak-anak pula berlari-lari dan memeluk mereka.
Berbeza dengan aku, masing-masing banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit dan gajet. Adakalanya terasa juga macam dah sia-siakan tanggungjawab terhadap isteri. Tetapi entahlah, aku dah selesa dengan keadaan seperti ini.
Aku tengok kawan, tanya mereka macam mana kehidupan mereka lebih bahagia berbanding kehidupan aku. Mereka kata, masa seorang ayah bersama anaknya adalah penting, yang akan membuatkan kehidupan kita lebih gembira. Anak? Dengan isteri pun aku jarang bercakap, apatah lagi dengan anak?
Entahlah, masa itu isteri aku dah melahirkan anak yang kedua pun, aku tak rasa apa-apa. Tetapi aku mula sedar sesuatu bila satu persatu perniagaan aku tak menjadi. Mak di kampung terabai, semuanya tak sempurna, aku rasa. Satu hari semasa berada di tempat kerja, bibik menghubungi aku dan meminta aku balik cepat. Katanya isteri buat hal. Dah kenapa pula isteri aku nak buat hal?
Selama ini, tak ada pun begini? Lagipun dia tengah berpantang. Tiba saja di rumah, aku nampak darah di kaki Muhammad. Isteri aku kelar kaki anak aku. Muhammad menangis dengan sangat kuat dan darah keluar dengan begitu banyak sekali. Aku cepat-cepat dakap wife aku dan buang pisau, sementara bibik dukung dan jauhkan Muhammad dari isteri. Kami segera bawa Muhammad dan isteri ke hospital. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun aku masih terkejut dengan tindakan isteri. Aku tak salahkan isteri, tapi aku salahkan diri aku.
Doktor jelaskan yang isteri aku mengalami postpartum depression (meroyan). Antara punca isteri boleh meroyan adalah bila mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang dari suami selain dibarkan melalui hidup bersendirian. Allah, luluh hati masa itu. Rupanya selama ini isteri aku tertekan dan rasa sunyi disebabkan aku tak bagi kasih sayang padanya. Betullah, selama aku bersama isteri, memang segala-galanya dia buat sendiri. Dia minta aku bawa pergi market, aku tolak.
Dia ajak keluar jalan-jalan, aku tak pernah bawa. Dia uruskan semuanya siang malam seorang diri. Mungkin sebab itu dia diam terus dan tak bercakap dengan aku. Aku jumpa pakar psikologi, rupanya isteri aku kategori isteri baik. Namun sebaik-baik dia pun, disebabkan aku, dia memendam rasa dan boleh menjadi sejahat-jahat manusia.
“Maafkan abang, sayang. Maafkan papa, Muhammad…”
Serius aku insaf dan sangat-sangat bersyukur bila aku dapat berubah sebelum melelapkan mata.
Kredit : 9 bulan 10 hari
0 comments: