Kejam! Budak 3 tahun dipukul dan dicucuh dengan puntung rokok oleh bapa tiri yang tidak berperikemanusiaan!..


BANGKOK, THAILAND - Kanak-kanak berusia tiga tahun, cedera di seluruh badan akibat dibelasah oleh bapa tirinya yang juga mencucuh mukanya dengan puntung rokok, lapor Mirror. 

Bapa tiri yang tidak dinamakan itu bagaimanapun telah ditahan reman selepas diselamatkan oleh seorang jurufoto yang mendedahkan penderitaan mangsa di media sosial. 

Lapor The Daily News, jurufoto yang enggan didedahkan namanya itu menemui kanak-kanak berkenaan di daerah Bang Sao Thong, wilayah Samut Prakan, berhampiran Bangkok, bersama ibunya. 

Ibu mangsa tidak membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anak lelakinya itu kerana bimbang dengan keselamatan diri.


Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ort, mempunyai parut di seluruh badan dan mukanya juga mempunyai luka panjang seperti ditoreh dengan senjata tajam, selain benjol di dahi. 

Menurut ibunya, suaminya adalah penagih dadah dan mula melayani mereka dengan kejam sebaik saja mereka tinggal bersama. Malah anaknya juga kerap kali dipukul dan disebat menggunakan tali pinggang dan rotan. Bukan itu saja, malah muka mangsa turut dicucuh dengan puntung rokok. 

ort kini di bawah penjagaan sementara Yayasan Paveena Hongsakul dan bapa tirinya telah ditahan reman untuk membantu siasatan.
Share on Google Plus

0 comments: