Muka Anak Ini Jadi Ruam Yang Teruk, Berdarah Akibat Dicium Oleh Saudaranya..

1

Anda semua tahu bahawa bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Sebab tu ramai ibu bapa yang rasa tidak senang jika saudara atau rakan-rakan yang cium, gomol gomol anak mereka. Bukannya tak bagi, tapi ada sebab mengapa mereka rasa macam tu.
Macam kes yang berlaku pada ibu kepada seorang bayi perempuan ni. Sehari selepas majlis hari lahir anaknya yang ke-2, muka anaknya mula kelihatan ruam, kemerah-merahan dan berkudis. Sehinggakan baju yang dipakai anaknya darah merata-rata. Lepas berjumpa dengan doktor, ini sebabnya..

Bagaikan seperti ada orang baling asid

Screen Shot 2017-04-05 at 11.47.54 AM

Insiden yang mengerikan ni berlaku kepada bayi kecil, Sienna Duffield. Segalanya bermula sehari selepas sambutan hari lahirnya yang ke-2 apabila ibunya, Savina French-Bell perasan ada ruam di bahagian muka anaknya. Ia mengambil selama 8 bulan sebelum doktor memberitahu punca sebenar kenapa muka anaknya jadi teruk macam tu.
Ia bagaikan seseorang membaling acid di muka anak saya, ia menular dari bahagian mulut hingga bahagian pipi, dan juga di bahagian atas matanya.
Bagi Savina, itu merupakan detik hitam yang terpaksa ditempuhi untuk anak dan sekeluarga. Ruam pada anaknya seperti tidak akan hilang dan doktor pula taktahu bagaimana nak memulihkan penyakit itu. Anaknya merana menanggung sakit selama 8 bulan.

Sehingga baju ada tompokan darah.

3

Kondisi muka anaknya sangat teruk sehinggakan muka penuh dengan kesan melecet dan berdarah. Savina menyifatkan muka anaknya seperti dimakan hidup-hidup. Baju anaknya penuh dengan lumuran darah dan susah untuk makan kerana ruam yang ada dibahagian mulutnya.
Savina juga tidak ingin bawa anaknya keluar kerana tidak senang dengan tanggapan orang ramai bila melihat muka anaknya.

Doktor juga tak tahu punca datang dari mana sehingga lah..

Screen Shot 2017-04-05 at 11.48.30 AM

Pada mulanya doktor menyangkakan ruam pada muka anaknya disebabkan eczema atau alahan, tapi tiada satu ubat pun yang memberi kesan dalam menyembuhkan penyakit ruam itu. Akhir sekali anaknya dimasukkan ke dalam hospital. Anaknya tidak boleh makan lagi dan doktor terpaksa memantau anaknya melalui pemeriksaan IV.
Terdesak untuk tahu apa sebabnya, Savina meneliti dan cuba ingat balik bagaimana perkara teruk macam ni boleh terjadi. Tak lama selepas itu, 8 bulan selepas insiden tersebut barulah Savina ingat bahawa ada saudara dari keluarga mereka yang mencium anaknya.

Orang yang mencium anaknya ada penyakit herpes.

Screen Shot 2017-04-05 at 11.48.44 AM

Rupa-rupanya saudara yang mencium anaknya itu ada penyakit herpes. Herpes ini salah satu daripada jenis penyakit kulit. Anaknya telah menghidap penyakit herpes simplex virus type 1. Akhirnya, baru lah doktor tahu bagaimana mahu merawat penyakit tersebut.
Tak lama selepas tu, anaknya boleh makan seperti sediakala dan penyakit ruam hilang secara perlahan-lahan.
Sejak beberapa bulan ini, muka Sienna nampak sangat baik dan penyakit ruam itu sudah tak menghantuinya. Ia mungkin akan kembali balik, tapi harap-harap perkara itu tidak akan berlaku lagi dan semoga kulit mukanya baik seperti sekarang ni. Rasa sangat gembira kerana saya dapat membawa anak saya keluar tanpa memikirkan kata-kata negatif orang ramai.
Savina memberi nasihat kepada ibu bapa diluar sana supaya jangan biar orang lain mencium bayi kecil. Katanya perkara buruk boleh berlaku tanpa diduga dan kulit anak kecil sangat sensitif.
Sumber: News.ner
Share on Google Plus

0 comments: