
Wahai wanita usah terlalu selesa dan ego dengan kecantikan paras rupamu kerana ia hanya pinjaman dunia. Kelak kecantikan itu akan lenyap dimamah usia. Belajarlah untuk menjadi wanita yang sentiasa menyenangi dan disenangi teman-teman, bertolak ansur dan bijak mengurus diri dengan baik.
Seorang wanita biasa akan tampak cantik di mata Allah. Seorang wanita manis akan terlihat semakin manis di mata Allah. Dan seorang wanita cantik akan terlihat jauh lebih cantik di mata Allah. Siapakah wanita itu? Dia adalah wanita yang sentiasa menjaga keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.
1. Wanita yang sentiasa berpegang kepada Al Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
2. Wanita yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya.
3. Wanita yang sentiasa patuh dan taat kepada suaminya (jika sudah bersuami).
4. Wanita yang sentiasa menutupi auratnya dan tidak berlebihan jika berhias.
5. Wanita yang sentiasa menjaga kehalusan dan kesopanan dalam tutur kata.
6. Wanita yang sentiasa menjaga keindahan, kemuliaan akhlak dan tingkah lakunya.
7. Wanita yang sentiasa bersikap ramah dan saling menyayangi.
8. Wanita yang sentiasa menghormati insan yang lebih tua dan bersikap menghargai kepada yang lebih muda.
9. Wanita yang sentiasa menjauhkan diri dari sekumpulan orang yang suka membicarakan buruk orang lain serta tidak suka memfitnah.
11. Wanita yang tidak suka mempertontonkan kecantikan dan kemolekan tubuhnya (Tabarruj) kepada lelaki yang bukan mahramnya.
12. Wanita yang pandai menempatkan diri baik dalam tutur kata serta sikapnya ketika bergaul dan di mana jua dia berada.
Oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman.
0 comments: