6 Kandungan Kimia Di Dalam Mekap Yang Berbahaya.. Wanita sila ambil tahu!!

Kesilapan yang seringkali pengguna lakukan apabila membeli sesuatu produk kecantikan adalah tidak mengambil berat akan bahan kimia yang terkandung di dalam prosuk tersebut.
Kesilapan ini boleh memudaratkan kesihatan dan juga menyebabkan kesan sampingan yang negatif.
Justeru, Pen Merah Press akan berkongsi kepada anda mengenai 6 bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalam kebanyakan produk kecantikan. Lepas ini, boleh lah anda menggunakan panduan ini sebelum membeli produk yang dijamin selamat dan bermanfaat kepada diri anda.

Butylated hydroxyanisole (BHA)

Bahan anti-oksida BHA digunakan untuk menstabilkan komponen di dalam bahan mekap. BHA boleh ditemui di dalam produk seperti losyen badan dan pelembap bibir. Namun, kajian mendapati bahan kimia ini berupaya menjejaskan sistem endokrin malah terdapat beberapa pakar yang menyatakan BHA boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.

DMDM hydantoin

Bertindak sebagai pengawet yang membolehkan produk seperti shampoo, losyen badan dan mascara tahan lebih lama. Walau bagaimanapun, bahan kimia ini boleh menyebabkan masalah kulit dan juga mata.

Bahan pewangi

Sekiranya sesuatu produk yang anda beli mempunyai wangian seperti lemon, tidak semestinya ia diperbuat daripada lemon. Aroma tersebut sebenarnya dihasilkan daripada bahan kimia seperti phthalates. Bahan ini juga sering digunakan di dalam racun serangga yang bukan sahaja akan mencemarkan alam sekitar tetapi juga menyebabkan alahan dan masalah pernafasan.

Parabens

Selalu digunakan di dalam produk losyen badan dan pelbagai lagi produk kecantikan yang lain, paraben berfungsi untuk mencegah pertumbuhan dan percambahan kulat dan bakteria. Akan tetapi, paraben menjadi punca kepada kanser payudara dan masalah hormon. Justeru, pilih lah produk organic yang menggunakan bahan anti-kulat semulajadi seperti vitamin E dan asid sitrik.

Retinyl palmitate

Retinyl palmitate adalah bahan yang diterbitkan daripada vitamin A. Menurut kajian yang telah dijalankan, retinyl palmitate merupakan bahan yang boleh menyebabkan ketumbuhan. Oleh itu, jika anda ingin membeli sebarang produk seperti krim, losyen badan ataupun krim pelindung matahari yang mengandungi vitamin A, pastikan bahan kimia ini tidak terkandung di dalam produk tersebut.

Triethanolamine

Triethanolamine digunakan secara meluas di dalam mascara dan losyen badan kerana berfungsi menyeimbangkan nilai pH. Namun begitu, ia boleh menyebabkan keradangan dan juga implikasi kepada sistem pernafasan. Ada juga yang mengaitkan bahan kimia ini dengan kanser.
Picture2
Daripada anda menghabiskan wang ringgit sekali gus meningkatkan risiko dengan membeli produk kecantikan yang mungkin mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya di atas, anda boleh menghasilkan sendiri losyen badan dengan menggunakan 100% bahan semulajadi.
Ini bahan-bahan dan cara untuk menghasilkan losyen badan dengan wangian vanilla.
Bahan-bahan:
  • ¼ cawan minyak jojoba
  • 2 sudu teh minyak kelapa
  • 2 sudu teh lilin lebah
  • 2 sudu teh shea butter
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
Cara membuat:
  1. Masukkan minyak jojoba, lilin lebah, minyak kelapa dan shea butter di dalam mangkuk kaca dan cairkannya.
  2. Apabila kesemua bahan telah larut, gaulkannya dengan menggunakan sudu kayu.
  3. Alihkan daripada dapur dan tambahkan ekstrak vanila. Gaul sekali lagi semua bahan.
  4. Simpan losyen di dalam bekas kaca atau plastik. Anda akan dapat hasil produk yang mudah mencair apabila terkena haba daripada tangan anda.
Share on Google Plus

0 comments: