`Ada sebab kami rahsiakan pernikahan' - Mat Dan




KUALA TERENGGANU: Selebriti Mat Dan atau nama sebenarnya, Kareef Daniel Abdullah, 28, mengakui merahsiakan majlis pertunangan dan pernikahannya hari ini kerana menghormati ibu mentuanya yang masih dalam tempoh edah. 

Jejaka 'Mat Saleh' yang popular kerana fasih bertutur loghat Terengganu itu mengesahkan bernikah dengan gadis pilihannya selepas solat Asar petang tadi, di rumah keluarga isterinya di Taman Permint Permai, Kampung Bukit, Chendering, di sini. 

Beliau yang masih berpakaian persalinan nikah ketika ditemui di rumah keluarga isterinya di Taman Permint Permai sebentar tadi, bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai isterinya serta butiran majlis hari ini. 

"Tak mengapalah, saya tak mahu cerita lanjut. "Kami memilih mengadakan majlis tertutup dan hanya menjemput keluarga terdekat kerana menghormati ibu mentua yang masih dalam edah. "Cuma kami merancang mengadakan majlis persandingan pada akhir tahun ini," katanya. 

Majlis pernikahan antara Mat Dan, dan gadis pilihannya yang dikatakan bertugas sebagai pramugari itu menjadi viral di laman sosial, selepas pasangan terbabit bertunang pada majlis serba ringkas pada sebelah pagi.


Share on Google Plus

0 comments: