Anak Selesema dan Berkahak? Cuba Amalkan Petua Menggunakan Daun Sireh Ini..


Sekarang musim selesema,batuk serta demam. Untuk orang dewasa boleh merawat dengan minum ubat demam atau ubat batuk, tapi bagi bayi dan kanak-kanak boleh cuba cara tradisional ini, Insyaallah berkesan. Perkongsian ini oleh Puan Shikin Jaiz.

Assalamualaikum.. 
Salam jumaat..Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak. 
Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam..Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu..sapu minyak asmak..okay boleh tidur.. 
Pagi ni nampak tak selesa lg hidung macam tersumbat,so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.
Kemudian tak lama tu eijaz bersin..haaaa..kuar cendol hijau..nmpk kelegaannya di situ..
 
Alhamdulillah.. 
1.layur kan sireh pd api lilin/dapur
2.sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
3.selepas layur letakkan balm/vicks pd daun sireh
4. Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.
5.selamat mencuba.

Share on Google Plus

1 comment: