Bayi Shaheizy Sam & Syatilla Senyum Ketika Ultrasound



SIAPA yang tidak teruja apabila anak yang dikandung memberikan senyuman ketika melakukan imbasan ultrasound


Ini yang berlaku terhadap pelakon Syatilla Melvin yang berkahwin dengan Shaheizy Sam dan kini bakal melahirkan anak tak lama lagi.  Beliau yang berkongsi kegembiraannya bersama peminat menerusi Instagram miliknya.
Isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi sekeping foto imbasan ultrasound bayinya yang kelihatan seperti tersenyum.

“Tadi pi tengok dia, sekali dia senyum laaa kat mak pak dia…haih doakan yang baik2 naa.amin,” tulisnya yang kini sedang hamil anak sulung.
Post tersebut yang mendapat lebih 16,663 like dan 127 komen itu menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan kejadian tersebut.
Pengikut laman sosial juga turut mendoakan agar segala urusan Syatilla dipermudahkan sehingga dia melahirkan nanti.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari tahun lalu di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas 6 tahun berkenalan.

Share on Google Plus

0 comments: