Bolehkah Makan Durian Semasa Mengandung? Ini Jawapannya..

Buah durian menjadi buah kegemaran ramai. Tidak hairanlah digelar raja buah kerana peminatnya agak luar biasa. Kenapa kata luar biasa? Sebab siapa yang hantu durian ini memang pantang tengok mesti nak makan termasuklah ‘mama to be’ ni kan? Tetapi persoalannya sekarang bahaya tak untuk ibu-ibu yang sedang hamil? Ini jawapannya.
Image result for durian musang king wallpaper
Tiada sebarang kajian mengatakan durian ini bahaya atau boleh membahayakan kandungan. Namun apa yang boleh dijelaskan di sini durian ini merupakan makanan yang mempunyai glisemik tinggi. Ia mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60kalori. Oleh sebab itulah, durian tidak begitu digalakkan makan ketika hamil. Namun kalau teringin sangat sebaiknya mengehadkan pengambilannya. Lebih-lebih lagi jika anda menghidap kencing manis.
Selain itu juga, durian boleh menghasilkan banyak gas dalam perut dan usus. Ini boleh menyebabkan ibu hamil kembung perut dan loya.  
Jadi kesimpulan untuk soalan boleh atau tidak makan durian semasa hamil ialah anda masih boleh makan durian tetapi dalam jumlah yang sederhana!
Share on Google Plus

0 comments: