Pembantu Rumah Terkejut Bila Tahu Shuib Luahkan Nak Kahwin Lagi..!!



Pembantu rumah Shuib Sepahtu terkejut apabila pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berkahwin buat kali kedua. Perkara tersebut diakui Shuib ketika ditemui pada sidang media sempena ulangtahun ke-enam perkahwinan mereka bertempat di Bora Ombak, Putrajaya pada petang Selasa.
 

Menurut Shuib, ketika dia memberitahu kepada pembantu rumah hasratnya untuk kahwin lagi, reaksi dia sangat kelakar. Memang dia terkejut tapi lepas tahu dia ucapkan tahniah.
 
“Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Reaksi dia sangat lucu ketika saya hubunginya untuk jemput dia hadir ke majlis perkahwinan kami.
 
“Dia terkejut sampai saya kena marah, selepas saya jelaskan perkara sebenar barulah dia okay,” katanya ketawa.

Mengulas mengenai perkahwinan tersebut, Shuib mengatakan ianya merupakan hadiah istimewa buat isterinya, Siti Sarah bagi meraikan ulangtahun mereka tahun ini. 

Ketika kahwin dengan isterinya 6 tahun lepas, dia tidak mempunyai wang yang cukup dan hanya melakukan akad nikah sahaja. 

Majlis kahwin ini dibuat sebagai tanda menghargai isteri beliau yang tidak dapat merasa perasaan untuk bersanding seperti orang lain. 
 
 
“Tidak kira waktu saya susah atau pun senang, dia sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada saya.
 
"Tak kiralah orang nak kata dah lambat ke, dah ada anak tiga ke, saya tak kisah. Bagi saya inilah masanya untuk tunjukkan betapa sayangnya saya kepada Sarah,” ujarnya.
 
Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari lalu bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.
Share on Google Plus

0 comments: