Sekiranya Anak Muntah Dengan Cirit-Birit. 7 Amaran Anak Mungkin Dijangkiti Rotavirus!..

Muntah berlaku apabila badan bertindak balas untuk mengeluarkan toksin daripada perut. Ia tidak menjadi bahaya kepada si manja apabila berhenti dan tidak kerap dalam satu hari. Usah bimbang dengan situasi ini kerana muntah bukan penyakit, tetapi suatu gejala.
Tetapi jika tanpa rawatan akan membahayakan nyawa si manja!   Kajian  dalam  negara menunjukkan bahawa dikalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun akan dijangkiti rotavirus. Tanda-tanda si manja dijangkiti rotavirus ialah akan demam dan muntah-muntah, diikuti cirit-birit yang kerap disertai dengan najis berair. Ia akan berlarutan selama dua ke tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga satu minggu.
 7 Amaran Mesti Tahu!
1.Muntah secara berterusan selama dua hingga tiga hari
2.Cirit birit secara kerap dalam masa 24 jam.
3.Demam yang yang berterusan.
4.Meragam atau mengantuk.
5. Anak tidak mahu makan dan tidak boleh menelan cecair.
6. Kurang minum air. Tanda penyahhidrat. 
7.Air kecing berkurangan dan tidak bermaya.
Nota penting: Jika ini berlaku segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi mengelak ia menjadi bertambah serius dan membahayakan nyawa si manja.
           
Mencegah
a)Melakukan penyusukan susu ibu
b)Menjaga kebersihan di rumah termasuk pinggan, botol susu dan kelengkapan si manja.
c)Juga kebersihan tangan apabila menyentuh anak
d)Jangan menyimpan makanan telah masak di dalam peti ais lebih daripada dua hari.
e)Pastikan semua makanan telah dipanaskan semula dengan baik sebelum dimakan.
f)Selain itu, cara lain untuk kawal penyakit ini iaitu melalui pengambilan suntikan vaksin.

Share on Google Plus

0 comments: