Suka Melancong tapi Sukar Nak Cari Smartphones Yang Sesuai Untuk Dibawa Bersama? Ini adalah 6 Sebab Kenapa Perlu Bawak Huawei Honor 6X.. Pasti Tak Mengecewakan..



Setiap kali keluar melancong, pastinya lebih seronok apabila bersama keluarga ataupun sahabat baik. Namun pastinya takkan lengkap tanpa gajet yang akan sentiasa menyelamatkan anda di mana sahaja anda bakal berada.

Apa yang paling penting adalah membawa smartphone pelbagai fungsi yang akan melengkapkan segala keperluan kita. Tak semua smartphone yang ada masa kini mampu memberi kepuasan maksimum tetapi kini tidak lagi dengan Honor 6X.


Honor 6X didatangkan dengan CPU Kirin 655 octa-core di mana anda boleh video chat bersama keluarga yang jauh ditinggalkan dengan lancar. Malah, Honor 6X juga memudahkan anda mencari tempat yang kurang diketahui tanpa perlu risau di mana anda berada. Didatangkan juga dengan 3GB/4GB RAM.


Dengan kapasiti bateri sebanyak 3300 mAh, anda boleh menggunakan Honor 6X selama 2 hari setengah sekiranya penggunaan tidak terlalu berat namun akan bertahan selama sehari lebih sahaja sekiranya penggunaan berat dilakukan sepanjang masa. 

Lebih menarik lagi, anda juga boleh menonton video sehingga 11jam setengah tanpa henti dan bagi yang suka mendengar lagu, berita baiknya, Honor 6X akan memberikan hiburan lagu buat anda selama 70 jam. Jangka masa yang agak lama bagi sebuah smartphones.


Sekiranya anda kehabisan bateri, anda tidak perlu menunggu lama untuk caj bateri honor 6X. Sebenarnya, Honor 6X ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka membawa powerbank yang besar dan berat dengan wayar yang berselirat.

Dengan Honor 6X, anda boleh lihat ianya mempunyai mode wide aperture untuk fokus kepada gambar yang diingini tetapi mempunyai imej yang diblurkan dibahagian belakang. Dengan fungsi sebegini pastinya anda takkan dapat mana mana smartphones dengan harga seperti Honor 6X. 





Malah Honor 6X juga dilengkapi dengan mode waktu malam di mana anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan gambar berkualiti hanya dengan menggunakan smartphones sahaja.




Honor 6X ini sangat berbaloi dimiliki terutamanya bagi anda yang gemarkan fotografi dengan fungsi seperti kamera SLR dan juga bagi mereka yang selalu berjalan jauh dan memerlukan smartphones yang menyediakan bateri tahan lama untuk melengkapi perjalanan anda tanpa masalah.


Tetapi bagi mereka yang gemar mengambil gambar namun inginkan bateri yang kuat, Honor 6X sangat ideal untuk dimiliki. Dengan dual kamera 12-megapixel dan 2-megapixel, ini pertama kalinya kami melihat smartphone yang dengan mampu milik tapi memberikan kualiti seperti kamera SLR. 




Share on Google Plus

0 comments: