Tips Asas Untuk Menyelamatkan Bayi Yang Tercekik atau Tersedak Susu..

Kemungkinan untuk bayi tercekik agak tinggi di mana mereka mungkin tercekik disebabkan oleh air kolam, tercekik barang permainan atau mungkin benang dan tali langsir.
Langkah-langkah yang kami senaraikan ini menjelaskan sedikit sebanyak tindakan awal yang boleh diambil sekiranya kejadian itu berlaku.
Namun, kami tidak menggalakkan anda untuk bergantung sepenuhnya pada maklumat ini sahaja sebaliknya anda boleh untuk sertai mana-mana kelas yang berkaitan.
Kesan pada teknik ini mungkin berbeza untuk setiap bayi dan cara yang salah mampu meletakkan bayi tersebut dalam keadaan bahaya.
Arahan ini hanya boleh digunakan untuk bayi berusia kurang dari 12 bulan.
1. Periksa keadaan
Tanda-tanda tercekik
  • Bayi tersebut tidak menangis atau batuk.
  • Muka bertukar merah atau kebiruan.
  • Bunyian yang pelik ketika membuka mulut.
  • Tersedak atau batuk secara terus menerus.
Jikalau anda mendapati bayi tersebut mempunyai tanda-tanda seperti berikut, anda seharusnya memberikan pertolongan awal dan dalam masa yang sama, minta orang lain untuk menelefon hospital berdekatan.
Namun, jikalau anda bersendirian dengan bayi, lakukan pertolongan awal selama 2 minit sebelum menelefon 911.
2. Back blows dan chest thrusts
rescue 1


Antara langkah awal untuk mengeluarkan objek yang tersekat adalah dengan menggunakan teknik urutan belakang dan dada.
Back blows
1. Letakkan bayi tersebut perlahan-lahan dan terbalikkan bayi tersebut dengan memangku menggunakan sebelah tangan.
2. Gunakan lengan anda untuk menyokong tubuh bayi tersebut manakala ibu jari dan jari yang lain digunakan untuk memegang rahang bayi.
3. Rendahkan lengan anda pada peha untuk memastikan bahagian kepalanya lebih rendah berbanding dada.
4. Gunakan perut tapak tangan anda untuk menekan bahagian antara kedua bahu bayi tersebut.
Jikalau langkah tersebut masih tidak berjaya, cuba lakukan chest thrust pula.
Chest thrust
1. Tukar kedudukan terbalik semasa menggunakan teknin blow back perlahan-lahan. Terbalikkan semula bayi dengan menghadap anda. Kekalkan kedudukan kepala lebih rendah dari dada tersebut.
2. Letakkan 2 atau 3 jari anda pada bahagian tengah dada bayi yakni di bawah garisan puting.
3. Tekan dada bayi tersebut kira-kira 1 ½ inci dalam dan biakan ia kembali kepada bentuk asal.
4. Lakukan sebanyak 5 kali. Teknik ini hendaklah dilakukan dengan lembut dan perlahan.
Ulang teknik back blows dan chest thrust sehingga objek tersebut keluar atau bayi mula menangis, batuk atau bernafas.
Jikalau bayi tersebut masih tidak memberi sebarang respon, lakukan CPR.
Bagaimana hendak melakukan CPR (Cardiopulmonary resuscitation)
1. Pastikan bahawa bayi tersebut tidak bernafas dan tidak memberi sebarang respon
Panggil nama bayi tersebut atau sentuh bahagian tapak kakinya dan periksa pernafasan bayi tersebut.
Jikalau anda tidak mendengar sebarang bunyi pernafasan, minta sesiapa untuk menelefon pihak hospital sebaliknya jikalau anda bersendirian, lakukan CPR seperti berikut.
Sebelum itu, pastikan bayi tersebut tidak mempunyai sebarang pendarahan yang serius.
2. Lakukan 30 kali kompresi
rescue 2

Letakkan sebelah tangan anda pada dahi bayi manakala 2 lagi jari anda berada pada tengah-tengah bahagian dadanya.
Tekan dada bayi tersebut kira-kira 1 ½ inci secara lembut dan biarkan ia kembali kepada bentuk asal.
Lakukan kompresi pada kadar 2 per saat. Kirakan dengan kuat; “One and two and three and…”, tekan semasa anda mengira nombor dan lepaskan apabila anda menyebut “and”.
3. Berikan 2 pernafasan cemas

rescue 3
Nota: Jikalau anda tidak selesa untuk memberikan pernafasan cemas, tekanan dada sudah cukup daripada tiada.
Buka laluan pernafasan dengan meletakkan sebelah tangan pada dahi nayi dan dua jari pada bahagian dagu.
Condongkan sedikit kepala bayi dan pastikan mulut anda menutup penuh mulut dan hidung bayi.
Ambil nafas dan tiupkan ke dalam mulut dan hidung bayi selama satu saat dan periksa sama ada dadanya menaik atau tidak.
Jikalau dadanya tidak naik, condongkan kepala dan berikan pernafasan cemas yang kedua.
Jikalau dada bayi tersebut masih tidak naik, ini bermakna laluan pernafasannya sudah tersumbat. Cari objek yang menyebabkan berlaku sedemikian dan keluarkan.
Teruskan sehingga 30 set kompresi dan 2 bantuan pernafasan sehingga:
1. Bayi tersebut mula sedar.
2. AED (automated external defibrillator) siap untuk digunakan.
3. Anda sudah melakukan lebih kurang 2 minit CPR (5 set kompresi dan bantuan pernafasan) dan ada orang lain yang boleh mengambil alih.
4. EMR mengambil alih.
5. Anda terlalu penat untuk menyambung.
6. Situasi menjadi tidak selamat.
Meskipun bayi kelihatan selamat sebelum bantuan sampai, anda masih perlu merujuk doktor untuk memastikan saluran pernafasannya kembali normal dan bayi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

Share on Google Plus

0 comments: