Tanpa alat penyaman udara, kehidupan boleh menjadi sukar. Pada video yang kami kongsikan ini, dua orang netizen memperkenalkan cara yang mudah untuk menyejukkan diri. Dengan hanya menggunakan sebilah pisau lipat, ketulan ais, pemateri, flos gigi, dawai besi, dua biji botol dan sebuah kipas angin, anda boleh menghasilkan alat penghawa dingin anda sendiri.
Pertama, potong sebahagian daripada tapak dua biji botol tersebut menggunakan pisau lipat tadi.
Kemudian, gunakan pemateri untuk menebuk lubang di bahagian bawah dua biji botol itu.
Selepas itu, dengan menggunakan flos gigi dan dawai besi, ikat kedua-dua biji botol tersebut di bahagian belakang kipas angin anda..
Ikat Kedua-dua botol seperti yang di dalam gambar di bawah.
Keempat, isikan dua biji botol itu tadi dengan ketulan ais
Kini anda boleh menikmati udara nyaman dengan hanya memasang kipas angin anda. Selamat Mencuba!
Saksikan video tutorial hebat ini untuk membantu anda menghasilkan alat penyaman udara anda sendiri. Selamat mencuba!
0 comments: