6 Adab Suami Isteri Di Media Sosial Yang Harus Dilakukan..


Buat pasangan yang telah berkahwin, status anda membayangkan tahap kebahagiaan dalam rumah tangga manakala bagi yang bujang, menjadi pengukur karakter peribadi oleh calon pasangan. Sebenarnya reaksi atau pergerakan seseorang di media sosial menggambarkan apa yang selalu bermain di fikirannya.

Jika anda kerap mengeluh, suka merungut atau membebel tentang sikap suami di media sosial umpamanya, ibarat memberi tanggapan bahawa runtuhnya komunikasi antara suami isteri, selain mendedahkan aib kepada dunia luar.


Untuk memastikan profil yang bersih serta mencerminkan karakter hubungan anda yang lebih baik, 6 adab ini harus dipatuhi:

1. Hapuskan foto-foto lama yang tidak relevan dengan kehidupan anda sekarang. Contohnya gambar sewaktu belum bertudung, bersama bekas teman lelaki, saat berpesta atau sebagainya. Elakkan juga bergambar dengan lelaki lain selain ahli keluarga sendiri.
2. Hati-hati memberikan Like atau Share kepada postings orang lain. Setiap perbuatan anda akan terpapar di akaun anda sendiri, termasuklah komen-komen yang dilontarkan. Tentu tidak manis jika anda dilihat berkongsi artikel tentang masalah rumah tangga, bukan? Silap hari bulan dianggap berkongsi masalah diri sendiri pula.
3. Jangan menunjukkan emosi secara berlebihan. Elakkan status-status liar atau amukan terhadap sesuatu perkara. Tidak perlu menggunakan huruf-huruf besar atau tanda seruan walaupun memaksudkannya. Jangan banyak berkias atau menyindir pasangan. Ini boleh membayangkan penyakit hati anda.
 
4. Selalu letakkan status perkahwinan yang sebenar. Jika sudah berkahwin, jangan letakkan bujang atau janda/duda pula. Anda pasti tidak mahu dipandang serong atau bagi yang bujang, seperti terdesak mencari pasangan di media sosial. Kestabilan minda anda bisa terlihat di sini.
5. Jangan berkongsi foto-foto intim dengan pasangan. Mungkin apa yang mulanya sweet boleh membuat orang meluat pula dengan gelagat anda. Simpan saja nostalgia itu di rumah. Begitu halnya dengan foto-foto anak. Tidak perlu terlalu banyak demi keselamatan si kecil dari menjadi sasaran pedofilia atau penjenayah siber.
 
6. Apabila berlaku perselisihan faham dengan pasangan, elakkan berbicara tentangnya di media sosial. Atasi masalah secara matang, bersemuka atau berbalas mesej di antara anda berdua sahaja. Jangan membiarkan pertengkaran itu dilihat oleh seluruh dunia!
Share on Google Plus

0 comments: