(Gambar) 28 Senarai tempat menarik di Terengganu 2017..Untuk para pelancong mahu ke Terengganu, boleh tengok sini..

Bersempena Visit Beautiful Terengganu 2017, berbagai lokasi pelancongan menarik ada di negeri Terengganu. Terengganu negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik. Jom kita tengok!

1 – Pulau Redang

Nak berehat sakan? Jom kita ke Pulau Redang. Pelbagai aktiviti air ada di sini.
2- Pulau Kapas

Pulau Kapas di Marang, Terengganu ini cukup terkenal dengan pasirnya yang memutih serta air lautnya yang jernih.

3- Pulau Perhentian Besar

Selain Redang, Terengganu juga mempunyai Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil buat kaki selam.
4 – Pantai Batu Buruk

Terengganu memang terkenal sebab pantainya cantik. Tapi tidak banyak yang boleh menewaskan Pantai Batu Buruk. Ia ditambah mempunyai 10 buaian untuk kemudahan pengunjung.
5 – Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Antara tarikan ada di sini adalah Kenyir Waterpark, Taman Santuari Kelah, Air Terjun Langsir, Kenyir Elephant Village (KEV) dan banyak lagi.
6 – Pulau Perhentian Kecil

Terletak 10 batu nautika dari persisiran pantai Terengganu, Pulau Perhentian Kecil adalah pulau untuk kaki percutian bajet.
7 – Rantau Abang

Salah satu pantai yang popular di Terengganu adalah Pantai Rantau Abang yang terletak 62 km dari bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari bandar Dungun.
8 – Muzium Terengganu

Muzium Negeri Terengganu yang dibina seperti istana kayu lama ini adalah antara muzium yang terbesar di Asia.
9 – Pasar Payang

Mahu bawa pulang cenderahati dari Terengganu atau ingin mencari batik untuk pakaian pejabat? Pasar Payang mungkin tempat yang paling sesuai membelinya.
10 – Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Terengganu ini adalah taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia.
11 – Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Terengganu memang terkenal dengan pantai, tetapi itu bukan bermakna ia tiada zoo.
12 – Masjid Terapung Terengganu

Sebelum Melaka, Terengganu telah pun mempunyai masjid terapungnya sendiri di Kuala Terengganu.
13 – Kompleks Kraf Noor Arfa

Kompleks Noor Arfa Craft adalah antara kompleks batik paling terkenal di Terengganu.
14 – Bukit Puteri

Mahu lihat panorama Kuala Terengganu dari tempat tinggi? Jom naik Bukit Puteri.
15 – Bukit Panorama Kuala Terengganu

-Pemandangan menarik daripada bahagian atas Bukit Panorama.
16 – Memorial Batu Bersurat

Penemuan Batu Bersurat pada tahun 1887 di tepi sungai Padang Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah negeri yang terawal menerima Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di Muzium Negeri untuk membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut. Kerajaan Negeri Terengganu telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat replika batu bersurat. Batu Bersurat yang sebenarnya telah di tempatkan di Muzium Negeri Terengganu.
17 – Rumah Haji Su di Kampung Losong Kuala Terengganu 

Jadi produk pelancongan terbaru di Terengganu. Bangunan ini mempamerkan keunikan dan kehalusan seni bina rumah Terengganu.

18 – Kampung Cina

Kampung Cina ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai cenderamata, kedai kopi, pejabat, kedai pakaian, restoran dan pelbagai lagi. Kesemua yang terdapat di sini masih mengekalkan tradisi warisan Cina terdahulu. Jika berada di sini, perhatikan keunikan struktur bangunan lama yang masih elok dan antik. Bagi peminat fotografi, tempat ini memang sangat sesuai untuk mengasah bakat anda.
Sumber jomjalan, Terengganu Times
Share on Google Plus

0 comments: