Faye dan Azmi Hatta selamat diijab kabul dalam sebuah majlis tertutup. Foto @iqstudio.my. |
PETALING JAYA:Pasangan selebriti kontroversi Faye Kusairi dan pengarah drama Azmi Hatta melangsungkan pernikahan secara mengejut pada pagi Ahad selepas teka-teki tentang perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal tahun lalu.
Majlis tertutup itu diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran.
Faye sah isteri Azmi Hatta.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu menggayakan pakaian berwarna merah jambu cair rekaan Salikin Sidek. Azmi turut memakai pakaian berwarna sedondon dengan rombongan ahli keluarga berwarna biru.
Bagaimanapun, Faye memuat naik gambar kad jemputan perkahwinannya di laman Instagtam miliknya dua jam lalu.
Manakala, kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik foto-foto sekitar majlis pernikahan berkenaan.
Gambar bersama keluarga pengantin lelaki Azmi Hatta
Terdahulu, Faye pernah menafikan bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuat naik foto-foto kad jemputan di laman Instagramnya akhir bulan lalu.
Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.
Sumber: mstar.com.my
0 comments: