INILAH 5 JENIS PERUT BUNCIT YANG SELALU WANITA ALAMI!..


Terutamanya untuk kaum wanita, ada 5 jenis masalah perut buncit yang selalu anda alami.

Jangan buat main, kadang-kadang ianya boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan!



1. Perut Pir 
Selalunya orang yang berpinggang ramping alami masalah ini. Bahagian bawah perut lebih besar dengan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir. Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan ketidakseimbangan hormon.

2. Perut Ibu 
Selepas tiga bulan bersalin, perut kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menggeleber. Ini disebabkan otot–otot perut turut mengembang. Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata.

3. Perut Tiroid
Perut tiroid disebabkan kalenjar berbentuk kupu–kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kalejar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain membengkak.

Tanda–tanda tiroid adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda.

4. Perut Stres 
Ramai yang tak tahu, stress juga penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Punca masalah ini adalah kerana anda berada dalam situasi stres.

5. Perut Kembung 
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Penyebab utamanya adalah angin.

Share on Google Plus

0 comments: