PULAU PINANG 6 April - Seorang wanita berusia 58 tahun yang parah selepas dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian langgar lari di Jalan Burma, di sini, hari ini disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa, Foo Swee Wah yang dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang meninggal dunia pada pukul 8.45 malam tadi.
Sebelum ini, mangsa mengalami patah kaki dan cedera parah di bahagian kepada selepas dilanggar motosikal kira -kira pukul 1.20 petang tadi.
Sementara itu, video kemalangan berkenaan yang berdurasi 12 saat menjadi tular di laman sosial dan netizen mengecam tindakan penunggang motosikal berkenaan yang melarikan diri.
Video berkenaan antara lain turut menunjukkan mangsa yang memakai t-shirt putih dan berseluar hitam tidak sedarkan diri selepas dilanggar manakala buah-buahan yang dibawa penunggang motosikal berterabur di atas jalan.
Seorang lagi penunggang motosikal yang berada tidak jauh dari situ pula dilihat mengejar suspek yang melarikan diri. - PENMERAH PRESS
Kredit: Utusan Online
0 comments: