'' Christiano Ronaldo Memang Idola Saya Sejak Dulu Lagi. Kalau Jumpa Beliau, Saya Pasti SELFIE Dengan Dia - FAIZ SUBRI




Mohd Faiz Subri, finalis FIFA 2016 menyimpan hasrat untuk berselfie dengan pemain idola beliau, Christiano Ronaldo.  Malah, emain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu juga semakin teruja dan gementar apabila bakal berkongsi pentas dengan bintang bola sepak antarabangsa seperti Lionel Messi dari Argentina dan Antoine Griezmann dari Perancis.

“Ronaldo memang merupakan idola saya sejak dulu lagi. Kalau jumpa beliau, saya pasti selfie  dengan dia.
Ronaldo dijangka akan menghadiri majlis Anugerah FIFA itu untuk menerima anugerah Ballon d’Or 2016 selain dicalonkan untuk anugerah pemain terbaik 2016.
Mohd Faiz dijangka tiba di Zurich pada 7.55 malam Ahad waktu tempatan, bersamaan 2.55 pagi Isnin waktu Malaysia selepas transit di Dubai untuk majlis itu yang dijadualkan pada 6 petang waktu tempatan.
Menurutnya lagi, dia masih lagi belum membuat keputusan pakaian bagaimana untuk dipakainya nanti untuk anugerah tersebut.
“Buat masa ini saya ada tiga pasang baju Melayu dan masih belum membuat keputusan untuk pakai yang mana satu, kerana suhu di sana sangat sejuk. Jika tidak boleh memakai baju Melayu, saya akan sekurang-kurangnya ambil gambar dengan baju Melayu di Zurich,” katanya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini berkata Faiz sudah mendapat kebenaran daripada FIFA untuk memakai baju Melayu ke anugerah berprestij itu.
Beliau ditemani isteri Norzawanis Hashim, 29, dan dua anak, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.
Jaringan ajaib Faiz yang melanggar hukuman fizik yang dijaringkan ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang, merupakan antara tiga gol yang disenarai akhir untuk Anugerah Puskas 2016.
Dua lagi calon bagi anugerah gol paling cantik sepanjang tahun lalu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Share on Google Plus

0 comments: