"Jangan Ambil Hak Rakyat, Itu Rakyat Punya..Kalau Ada Ketirisan, Rakyat Hampa dan Hilang Keyakinan," - PM


Penahanan terbaharu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah peringatan kepada penjawat awam terhadap ketirisan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu ketirisan 'bersamaan dengan mengambil apa yang dimiliki rakyat' dan beliau turut mengingatkan mereka yang berkhidmat di dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat.
"Apa yang dilakukan SPRM beberapa hari lepas mengingatkan kita mengenai ketirisan. Tentang merampas hak-hak rakyat.
"Jangan ambil hak rakyat, itu rakyat punya. Sebab apa, kita buat peruntukan, program dan bajet sediakan segala-galanya untuk rakyat. Kalau ada ketirisan, rakyat hampa dan hilang keyakinan," katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama untuk tahun ini di sini Isnin.
Perdana menteri inginkan perkhidmatan awam 2017 sebagai tahun untuk menyampaikan kesejahteraan dan juga kebajikan rakyat. 
"Janganlah kita dalam silo masing-masing, mengatakan itu hak kita, orang lain jangan campur hak kita. Kalau kita ada sikap seperti ini, kita akan hadapi masalah birokrasi yang keterlaluan," katanya.
Malah menurut Perdana Menteri, tahun 2017 akan menjadi tahun yang berjaya sekiranya mindset semua perkhidmatan awam memberi fokus kepada penyampaian
.
Share on Google Plus

0 comments: