FAIZ SUBRI Pemenang Anugerah FIFA Puskas 2016! TAHNIAH!!




Pagi ini terciptanya satu sejarah buat Malaysia, apabila FAIZ SUBRI memenangi Anugerah Fifa Puskas 2016 di Zurich sebentar tadi. Debaran ini berakhir dengan kegembiraan dan lafaz kesyukuran apabila Mohd Faiz Subri, 29, membawa pulang trofi kemenangan buat negara kita.




Pemain tengah dari Pulau Pinang itu menewaskan dua lagi calon, Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Mohd Faiz subri  mencipta sejarah baru bola sepak tanah air apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu berjaya dicalonkan dalam anugerah Puskas tahun ini. Tahniah buat FAIZ SUBRI. 






Share on Google Plus

0 comments: