SHAH ALAM: Malang menimpa seorang kanak kanak lelaki apabila kepala tersepit pada jeriji pintu di hadapan rumahnya dan terpaksa menahan sakit selama 30 minit sebelum diselamatkan oleh bomba.
Menurut Jurucakap Bomba, kejadian berlaku di Taman Seri Andalas Klang dekat sini pada kira-kira pukul 8.30 malam Ahad.
Pasukan bomba mengambil masa selama 5 minit untuk mengeluarkan kepala kanak kanak terbabit yang tersepit dengan menggunakan pemotong khas.
Namun, tiada kecederaan yang berlaku dan kanak kanak terbabit dilaporkan stabil. - PENMERAHPRESS
0 comments: