Kasih Sayang Terhadap Kucing.. Seorang Pesara Tentera Gunakan Duit Pencen Untuk Sara 47 Ekor Kucing

Kulim: Seorang pesara tentera sanggup menggunakan wang pencennya demi memberi keselesaan terhadap haiwan peliharaannya itu. Malah, Abdul Samat Lebai Salleh, 61, dan isterinya, Nurul Aini Yan, 45 menyediakan tempat khas untuk kucing mereka selain menyelimut sangkar kucing tersebut dengan tuala ketika cuaca panas.

Setiap bulan pasangan suami isteri ini mengeluarkan kos sebanyak RM600 untuk membeli makanan kucing termasuk susu bagi anak kucing menggunakan wang pencen.

Menurutnya lagi, paling penting ketika membela kucing adalah perlu menjaga kebersihan dan menjaga ketenteraman jiran. Kucing beliau hanya dibiarkan bebas di dalam rumah dan sekiranya terlepas, dia akan cari untuk di bawa pulang kerana takut menganggu jiran.

Malah, setiap hari beliau akan membasuh sangkar supaya bersih dan menyimpan hasrat untuk membina tempat kucing seakan hotel di tepi rumahnya di Taman Kenari. 

Untuk menjadikan impiannya sebagai realiti, ianya memerlukan kos yang banyak iaitu lebih kurang Rm5000 dan sepatutnya dibina dari tahun lalu namun ekoran kekurangan dana, niatnya itu ditangguhkan sementara. Kini proses pembinaan rumah kucing ini dibuat dengan menggunakan wang pencen beliau dan kan mengenakan bayaran yang berpatutan sekiranya pemilik kucing ingin meninggalkan kucing mereka di situ nanti.

Semua kucing yang dijaga oleh beliau mempunyai buku rekod kesihatan dan juga nama panggilan yang unik antaranya Atam atau Abang Long, Abu Jep, Biru-biru, Tompok, Merah, Anjang, Kembang, Mak Coreng, Black, Adik Yok, Abot, Aman, Alam, Celoreng, Apok, Uteh. Semoga dimurahkan rezeki. -PENMERAHPRESS


Credit: Harian Metro


Share on Google Plus

0 comments: