Selagi Saya Masih Hidup, Saya Akan Buat Yang Terbaik Untuk Anak dan Keluarga





KUALA LUMPUR - "Selagi saya hidup, saya akan buat yang terbaik untuk anak dan keluarga," demikian kata Muhammad Firdaus Khairi, 29, yang viral di media sosial selepas gambarnya dimuat naik minggu lepas menerusi harian metro. 



Menurut pemilik gambar, Muhammad Firdaus berkata walaupun cacat penglihatan namun aktiviti dan pergerakan tidak terbatas. Orang yang cacat penglihatan sepenuhnya seperti dia bukan hanya bergantung kepada penglihatan semata-mata  kerana mereka juga menggunakan deria lain termasuk pendengaran, rasa dan naluri yang dikurniakan Allah SWT. 


Muhammad Firdaus menjadi tumpuan apabila gambar dia bersama anak kecilnya, Muhammad Razin Hamizan, 8, dalam perjalanan pulang ke rumah di Sentul Timur menjadi viral. Menurut beliau lagi, setiap hari dia akan berjalan ke LRT untuk menghantar anak ke pusat penjagaan sebelum jam 8 pagi dan akan mengambil isterinya di tempat kerja di Taman Pelangi.


Isteri beliau, Noor Hidayah Ibrahim, 29 yang juga cacat penglihatan kategori rabun teruk biasanya akan membahagikan tugas jaga anak kerana keduanya bekerja. 



Share on Google Plus

0 comments: