(GAMBAR) PERKAHWINAN JEP DENGAN SARIYANTI.. TAHNIAH!



Akhirnya desas-desus mengenai percintaan dan juga perancangan perkahwinan antara Jep Sepahtu dan Sari Yanti kini terjawab apabila kedua-duanya sudah sah menjadi suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal pagi tadi.


Apapun, tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin baru Jep dan Sari Yanti, semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan.



Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan rapat sahaja. Beberapa rakan turut  hadir seperti  Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Hael Hussaini , Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana..


Ia adalah perkahwinan kedua buat Sari. Sebelum ini beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama , Mohd Eddy Casmadi  dan bercerai pada 11 Disember 2014. Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Semoga pasangan Jep dan Sariyanti berbahagia sehingga ke anak cucu. 






Credit : Sinar & project2pi
Share on Google Plus

0 comments: