Bila Hati Perempuan Sudah Move On Jangan Harap Dia Kembali Lagi



Tika langit terbuka bicara menjadi semanis gauman,
tika awan mendung bersiaga berembes tangisan pada bumi,
biar badai menimpa,
biar guruh petir berteriak,
tetapi hati yang tawar sukar di tawan.
Realiti dalam kehidupan ini.. Perempuan kalau dia dah move on, dia takkan pandang belakang dah. Walaupun dah bersama selama 4 tahun. Dan bila dia dah move on, kau bukan siapa siapa. 


Hati manusia begitu ajaib jika ingin di rungkaikan. Ianya penuh dengan tanda tanya dan misteri. Kadang kita boleh mencintai dan kadang kita mampu membenci seseorang itu walhal dia dahulu orang paling kita sayang.

Hati ini dia juga punya limit begitu juga seorang insani. Tak kiralah lelaki atau perempuan mereka juga mempunyai limit kesabaran. Ada satu ketika dia mampu sayang kamu ,walau apa jua kamu lakukan dia tetapi sayang. Kamu lakukan pelbagai kesalahan dia tetap memilih untuk memaafkn dan memberi peluang berkali-kali kerana sayang.

Tetapi andai hatinya terluka, di khianati , bila sudah tawar hati, jelak dengan perangai kau. Merayu sekalipun dia tak akan kembali. Bila dia dah move on hati mampu menjadi keras bagaikan batu.

Pilihan yang ada sekarang terhad sama ada lelaki dan perempuan. Hargailah orang yang setia di sisimu. Sememangnya dia belum tentu jodoh kamu. Tetapi andai jika jaga hubungan baik sesama insani. Allah jua akan permudahkan dan pertemukan kita dengan orang yang baik-baik.

Kadang bila mempermainkan perasan orang ,sakiti hati mereka ianya tak mustahil berbalik pada kita. Jadi cubalah jadi wanita yang pandai menjaga harga diri dan lelaki yang pandai mengawal nafsu.

Sekuat mana hati manusia ianya tetap memberi kesan jika terluka. 

Kita punya hak untuk mencintai seseorang.Kita juga punya hak untuk dicintai seseorang.Akan tetapi merasa telah memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukanlah hak kita.

Paling penting adalah sentiasa berdoa pada Allah. Moga Allah permudahkan dalam soal jodoh .Amin Ya Rab.



Share on Google Plus

0 comments: