Cristiano Ronaldo Bakal Dapat Anak Kembar Lelaki


BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan sedang menanti kelahiran anak kembar lelaki daripada seorang ibu tumpang dari Amerika Syarikat.

Meurut Akhbar The Sun, perkara itu disahkan oleh sumber keluarganya yang kini dikatakan teruja menanti kelahiran anak kembarnya itu.
Bintang Real Madrid di Sepanyol itu dilaporkan menggunakan kaedah ibu tumpang namun tidak didedahkan identitinya.
“Cristiano dan keluarga tidak sabar lagi menanti kelahiran anggota baru mereka.
“Dia selalu merahsiakan kehidupan peribadinya, tapi dia sudah memberitahu kepada orang-orang yang rapat dengannya mengenai bakal anak kembarnya.
“Bayi-bayi lelaki itu dikhabarkan akan lahir tidak lama lagi,” menurut sumber itu di Portugal.
Ronaldo, 32, kini juga sedang menjalin asmara dengan model, Georgina Rodriguez, yang berusia 23 tahun.
Sumber berkenaan berkata, Ronaldo merancang untuk menerbangkan bakal anak-anaknya ke Sepanyol selepas mereka lahir nanti.
Bagaimanapun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Ronaldo.
Terdahulu, Ronaldo pernah menerima seorang anak lelaki diberi nama, Cristiano Jr., yang lahir pada 2010.
Kelahiran Cristiano Jr. juga dipercaya melalui ibu tumpang yang hingga kini identitinya dirahsiakan
Share on Google Plus

0 comments: