Sebelum Ini Fattah Amin, Kini Giliran Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi?




BENTONG: Pelakon Saharul Ridzwan dikhabarkan akan menghasilkan lagu dan menjadi penyanyi tidak lama lagi.

Khabar angin itu timbul selepas pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan itu memuat naik gambar bersama komposer terkenal iaitu Ajai di Instagram.

"Saya berjumpa dengan Ajai kerana ingin membincangkan sebuah projek melibatkan kami berdua.

"Tidak semestinya ia berkaitan saya akan bergelar penyanyi dan boleh jadi saya bakal hasilkan sebuah buku, manalah tahu, ada rezeki.




"Namun boleh jadi juga saya bertemu dengannya untuk latihan vokal," katanya menerusi  mStar Online.


Dalam pada itu, Saharul tidak menafikan minatnya dalam bidang nyanyian malah menyimpan hasrat bergelar penyanyi sebelum aktif dalam lakonan.

"Tak salah rasanya jika seorang pelakon mencuba menjadi penyanyi, Insya-Allah kalau ada rezeki saya ingin mencabar diri untuk menyanyi.

"Alhamdulillah jika perkara itu terlaksana ia ibarat impian jadi kenyataan!," ujarnya.



Credit: MSTAR

Share on Google Plus

0 comments: