Elfira Bukan Punca Saya Putus Cinta - Sufian Suhaimi



PENYANYI Sufian Suhaimi menafikan dakwaan mengatakan dia sanggup meninggalkan bekas teman wanitanya semata-mata demi mengejar cinta pelakon Elfira Loy.

Sufian Suhaimi yang popular dengan lagu Terakhir, memberitahu dia putus cinta bukanlah disebabkan individu ketiga seperti mana yang didakwa netizen.
Malah, dia langsung tidak berasa tertekan dengan hal tersebut yang sedikit sebanyak ‘mencalarkan’ imejnya sebagai seorang penyanyi.
“Saya tidak tertekan, malah menganggap semua itu hanya sekadar usikan yang tidak serius. Saya ingin tekankan, saya dan Elfira hanya kawan biasa. Hubungan cinta saya yang berakhir sebelum ini juga tiada kaitan dengan Elfira.
Sufian, 25, berkata, kebanyakan pengikut laman sosial tidak mengetahui perkara sebenar bahawa hubungan dia dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Izyan itu sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu.

"Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.
"Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.
Keakraban Sufian dan Elfira semakin ketara apabila penyanyi itu menghadiahkan Elfira jambangan bunga ros sempena ulang tahunnya yang ke-23, baru-baru ini.
Sufian juga merupakan satu-satunya rakan artis yang dijemput Elfira bagi sama-sama memeriahkan majlis sambutan hari jadi pelakon genit itu di sebuah rumah kebajikan anak yatim di Cheras.
Mengulas mengenai kelibatnya dalam majlis itu, Sufian berkata, “Saya hadir pada sambutan hari jadi pertamanya yang diraikan bersama anak yatim. Diikutkan ketika itu, ada beberapa teman lain ada bersama tetapi kerana saya tetamu lelaki tunggal, lalu dijadikan modal untuk mewujudkan cerita.”
Share on Google Plus

0 comments: