10 TIPS UNTUK PARA ISTERI YANG BERKERJA DALAM MENGURUSKAN RUMAHTANGGA DENGAN MUDAH..



Sudah menjadi satu kerisauan setiap wanita yang bekerjaya dalam menguruskan hal rumahtangga, dengan kengkangan masa yang ketat, pergi kerja awal pagi, balik rumah pula hampir malam. Sehinggakan ada rumah yang tak terurus. Mana nak tumpukan kerja di pejabat yang kadang-kadang kerja bertimbun, uruskan anak-anak dan suami lagi, sehinggakan sesetengahnya rumah terabai dan bersepah. Sebenarnya ada cara dan tips yang mudah untuk membantu para isteri menguruskan hal rumahtangga dengan mudah tanpa mengganggu masa kerjaya mereka, anataranya ialah:


1. Membasuh dan menyidai pakaian setiap hari.


Basuh dan sidailah pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita.


2. Melipat pakaian selepas kering
Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiap hari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja.
Nak mudah lagi, banyak pakaian yang disangkut menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. 🙂


3. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Peruntukkan 1 jam setiap hujung minggu untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga untuk stok seminggu. Gosok kemas-kemas dan gantung di penyangkut khas sedia untuk dipakai sahaja. Mudahkan… Jimat masa dan tenaga…

4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti.


5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven.


6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasa kita memasak tu, kita cuci jugak pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi.


7. Menyimpan semula barang di tempatnya
Yang ni, latih anak-anak dan suami simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan dimerata-rata.


8. Mengemas rumah sebelum tidur
Pastikan rumah tersusun kemas sebelum  tidur malam  tu. Menyapu apa yang patut. Tak perlulah sampai mengemop bagai tu. Yang tu  buat hujung minggu sahaja. Pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas.
9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Pilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air.

10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.

Mudah kan. Semoga dapat membantu semua para isteri dalam menguruskan hal rumahtangga. Selamat mencuba.. Silakan klik share 🙂 







Share on Google Plus

0 comments: