Resepi Ayam Panggang Ala KENNY ROGERS..


Resepi ayam bakar ala Kenny Rogers ini dikongsi oleh pemilik facebook Otai Malaysia, dan mendapat 4,195 perkongsian, resepi ini sangat mudah dan simple. Jom kita cuba:

Image may contain: drink, food and indoor

Bahan-Bahannya:

-Ayam (1.5kg)
-1 sudu teh garam
-1 kiub pati ayam
-2 inci Halia 
-3 batang serai
-4 ulas bawang putih
-4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
-4 sudu makan madu
-4 sudu makan sos tiram
-4 sudu makan minyak zaitun

Image may contain: food

-Bahan-bahan yang dikisar. Serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air.

No automatic alt text available.

-Gambar selepas bahan-bahan dikisar.

Image may contain: dessert and food

-Kemudian, campurkan semuanya dalam bekas untuk perapan. Bahan-bahan yang dikisar tadi, madu, lada hitam, sos tiram dan garam.

Image may contain: food

-Kemudian, gaulkan sehingga ianya sebati.

Image may contain: food

-Gaulkan pada ayam.

Image may contain: food

-Kemudian perapkan pada ayam. Perapkan semalaman atau paling minima 4 jam. Tapi lagi lama perap lagi best, bahan perapan meresap hingga ke tulang ayam. (Untuk 2 ekor ayam, sila gandakan bahan-bahan tadi ya)

Image may contain: food

-Selepas perapan semalaman, sedia untuk di panggang.

Image may contain: food and indoor

-Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Gunakan api atas bawah. Suhu 200'C dan panggang dalam oven selama 35 - 40 minit.

Image may contain: food

-Ini adalah hasil panggang ayam selama 30 minit. Keluarkan ayam untuk sapu majerin. Selepas itu, masukkan semula ayam ke dalam oven selama 8 minit.

Image may contain: food

-Selepas 38 Minit, keluarkan ayam.

Image may contain: food

-Dah siap, Alhamdulillah, semerbak bau macam Kenny Rogers. Selamat mencuba semua.




Share on Google Plus

0 comments: