Merancang terlebih dahulu bajet perkahwinan adalah perkara yang amat penting bagi memastikan perbelanjaan lebih terkawal. Perlu diingat majlis yang bakal dilaksanakan mengikut kemampuan individu itu sendiri. Entri kali ini berkongsikan panduan merancang bajet perkahwinan yang lebih sempurna.
1. MENGADAKAN MAJLIS DI LUAR MUSIM
Rata-rata bakal mempelai memilih musim cuti sekolah untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tahukah anda pada waktu ini harga barangan dan perkhidmatan berkaitan perkahwinan melambung tinggi disebabkan permintaan yang tinggi. Sebaiknya, pilihlah bulan yang bukan musim cuti. Harga pastinya jauh lebih murah.
2. SENARAI TETAMU
Untuk memastikan bajet perkahwinan terkawal, anda perlu mengambil berat tentang tetamu yang bakal hadir. Ini penting kerana anda boleh mengira bajet yang keluar untuk kos makanan dan cenderahati. Senaraikan tetamu yang akan hadir bagi memudahkan pengiraan dari segi makanan dan sebagainya.
3. JAHIT SENDIRI SULAMAN MANIK
Sekiranya anda ingin menempah sendiri busana perkahwinan anda, untuk menjimatkan kos, anda boleh menjahit sendiri sulaman manik atau labuci busana pengantin anda. Beli fabrik sendiri dan tempeh pakaian asas sahaja. Jahit sendiri manik atau labuci kerana inilah yang membuatkan pakian pengantin mahal.
4. LOKASI MAJLIS
Sekiranya ruang rumah anda terhad untuk mengadakan majlis, dewan adalah pilihan terbaik. Kebiasaanya, dewan mempunyai kelengkapan fasiliti untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bandingkan dahulu harga sesuatu dewan dengan harga dewan lain agar anda mendapat pilihan yang terbaik.
5. MAKANAN DAN KATERING
Sebelum memilih katerer buat majlis anda, anda dinasihatkan membuat survey terlebih dahulu dan membandingkan harga sebelum membuat keputusan. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu sehingga ingin menempah menu yang terlalu banyak. Cukup sekadar mempunya menu utama, minuman dan pencuci mulut.
0 comments: