MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang bayi lelaki seberat 6.07kg dilahirkan tanpa epidural di Hospital Mercy,Januari lalu lapor CBS News.
Ibunya, Natashia Corrigan menulis di laman Facebook mengenai kelahiran anak lelakinya itu yang kemudiannya menjadi tular, baru-baru ini.
“Susah untuk percaya semua kekecohan yang berlaku hari ini, saya tidak menyangka kami sekeluarga mendapat perhatian kerana kelahiran anak lelaki ‘besar’ saya.
“Impian saya adalah untuk mendapat bayi yang ‘besar’. Tak sangka akhirnya saya dapat apa yang diinginkan,” katanya kepada 7 News.
Brian Liddle Jr. dilahirkan pada 24 Januari merupakan anak ketiga Corrigan, sebelum ini kedua-dua anak perempuannya turut mempunyai saiz yang besar bagi seorang bayi.
Walaupun Brian tidak memecahkan rekod bayi terberat namun Corrigan mendakwa ini pencapaian terbaik dirinya memandangkan beliau menolak epidural dan bersalin secara normal.
“Rasanya saya masih lagi terkejut kerana bersalin secara normal namun sewaktu proses bersalin tersebut, saya hanya memikirkan perkara positif dan bernafas secara dalam untuk mengharungi kesakitan itu,” katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian
0 comments: