Showing posts with label TERKINI. Show all posts

Kereta Lelaki Ini Dirosakkan Oleh Segelintir Peniaga Uptown Kerana Parking Terlebih Masa Di Uptown Danau Kota..



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki luah rasa kesalnya dengan tindakan segelintir peniaga uptown yang tidak bertanggungjawab menjahanamkan keretanya hanya kerana parking terlebih di tapak niaga Uptown Danau Kota. 

Lelaki yang tidak didedahkan nama itu tidak menyangka segelintir peniaga uptown tergamak merosakkan keretanya sehingga terpaksa mengeluar wangnya sendiri untuk membaiki kenderaannya. 

Aduan dari mangsa (sumber: Orang Wangsa Maju)

Bila dah jadi begini, aku tak boleh bersabar lagi. This is another level. Kalau korang yang tak tahu, kawasan uptown ini kawasan shop lot atau office lot lama. Senang cakap, banyak orang lama duduk sini. 10-30 tahun punya cerita, bila uptown muncul, awal-awal okey, tetapi lama-lama k.o. Bagi hangin satu badan saja. 

Tapak lot dah dibagi, korang pasang di situ saja, tak boleh ke? Ini tidak, pasang sampai parking kereta. Selepas itu korang angin bila orang parking kereta di situ. Korang pecahkan kereta, calarkan, patahkan, conteng-conteng apa kes? 

Kononnya uptown nak tolong orang Melayu berniaga, cari duit lebih. Ini dah macam tolong ajar jadi samseng saja. Walaupun kereta itu kacau tempat itu, beri amaran bertulis saja tak cukup ke? Ini dibaraikan kereta orang, kenapa? Bukan kitorang parked berbulan-bulan di situ.

Sekarang, beribu riban duit perlu dibelanjakan untuk repair. Nak minta korang bayar gantirugi? Memang haramlah, korang confirm tak ada duit. 

Ini bukan kereta pertama menjadi mangsa korang. Banyak lagi kes yang sama dah berlaku. Yes, korang akan cakap tak semua peniaga samseng atau yang sewaktu dengannya tetapi berniaga biarlah beradab. 

Laporan polis telah dibuat, rakaman CCTV dalam proses. Korang tunggulah. Tak dapat di dunia, di akhirat nanti ada. Merangkaklah korang nanti cari orang-orang yang teraniaya ini. 

Berdasarkan gambar, mangsa menerima sekeping nota yang juga menyebutnya sebagai babi, selain bahagian bonet depan dan tapi pintu keretanya dicalarkan dengan sengaja. Malah belakang bonet keretanya turut dikemekkan. 


Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pelakunya. 


Dalam masa yang sama, mangsa menjelaskan bukan niatnya mahu memburukkan peniaga uptown, namun dia sudah hilang kesabaran apabila keretanya dengan sengaja dirosakkan.


Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Dalam Akta Pelindungan Pengguna, individu yang merosakkan harta benda orang awam boleh didakwa dan jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.-PENMERAHPRESS-


Kisah Pengajaran, dua beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya. Masya Allah..



Di Malaysia realitinya anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang atau geran tanah, rumah dan harta yang lainnya. Tapi, di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya. Masya Allah...


SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

Dua Orang Adik Beradik di Saudi Arabia bergaduh dan merebut HAK penjagaan ibu hingga ke mahkamah. Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dengan air mata yang bercucuran, menangis sehingga membasahi janggutnya. Kenapa? Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah.

Tentang apakah kekalahan dengan saudaranya? Tentang tanah atau harta? Bukan kerana itu semua. Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yang sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yang telah kusam.

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yang selama ini menjaganya, tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain, untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dan lain-lain di kota jauh lebih baik daripada di desa.

Namun Hizan menolak dengan alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya. Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, sehingga berlarutan ke mahkamah.

Sidang pun bermula hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah. Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yang sudah tua yang beratnya sudah tidak sampai 40 kilogram.

Hakim bertanya kepadanya, siapa yang lebih berhak tinggal bersamanya. Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk kepada Hizan, "Ini mata kananku". Kemudian menunjuk kepada adiknya sambil berkata, "Ini mata kiriku".

Hakim berfikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan,
berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu.

Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut. Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu, direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini.

Andai kata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya.

Ini adalah pelajaran dan pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua di zaman yang sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka.

Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya. Aamiiin, Aamiin ya Rabbal'alamiin.

Ibu Lahirkan Bayi Seberat 6.07kg Secara Normal Tanpa Suntikan Epidural..



MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang bayi lelaki seberat 6.07kg dilahirkan tanpa epidural di Hospital Mercy,Januari lalu lapor CBS News.

Ibunya, Natashia Corrigan menulis di laman Facebook mengenai kelahiran anak lelakinya itu yang kemudiannya menjadi tular, baru-baru ini.

“Susah untuk percaya semua kekecohan yang berlaku hari ini, saya tidak menyangka kami sekeluarga mendapat perhatian kerana kelahiran anak lelaki ‘besar’ saya.
“Impian saya adalah untuk mendapat bayi yang ‘besar’. Tak sangka akhirnya saya dapat apa yang diinginkan,” katanya kepada 7 News.

Brian Liddle Jr. dilahirkan pada 24 Januari merupakan anak ketiga Corrigan, sebelum ini kedua-dua anak perempuannya turut mempunyai saiz yang besar bagi seorang bayi.

Walaupun Brian tidak memecahkan rekod bayi terberat namun Corrigan mendakwa ini pencapaian terbaik dirinya memandangkan beliau menolak epidural dan bersalin secara normal.

“Rasanya saya masih lagi terkejut kerana bersalin secara normal namun sewaktu proses bersalin tersebut, saya hanya memikirkan perkara positif dan bernafas secara dalam untuk mengharungi kesakitan itu,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian 

Lelaki Terkenal Kerana Rancangan Realiti Korea Yang Fasih Bahasa Korea Kahwini Gadis Korea..


Tahniah diucapkan. Tidak lama dahulu, video jejaka ini pernah menjadi tular apabila muncul sebagai tetamu rancangan realiti televisyen, Abnormal Summit di Korea Selatan.

Muhamad Khalid Ismail dari Kelantan yang sekarang menetap di Seoul, Korea Selatan baru sahaja mengikat tali perkahwinan bersama wanita pilihan hatinya pada Ahad yang lalu.
Majlis akad nikah yang ringkas tetapi meriah telah diadakan Masjid Pusat Seoul dan disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.
Wanita Korea bertuah bernama Lee Seul yang dapat memikat hati Khalid itu berasal dari Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan Khalid di akaun Facebooknya menunjukkan majlis akad nikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga dan teman-teman rapat.
Menurut Khalid, majlis resepsi pihak isterinya akan diadakan di kampung halaman isterinya yang terletak di Suwon pada 14 Oktober kelak.
Manakala majlis untuk pihak lelaki pula akan diadakan pada tahun hadapan setelah dia pulang ke Kelantan.
Kami mengucapkan tahniah kepada Khalid dan isteri atas perkahwinan ini dan semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah swt.
Sumber: facebook/Muhamad Khalid Ismail

Kejam! Marah isteri tak masak nasi, suami tendang anak sampai mati..


UTARA SUMATERA, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam pertengkaran kedua-dua ibu bapanya, lapor Sumut Pos.

Dalam kejadian jam 7 petang, Khamis, di rumah mereka di Bandar Batubara, Daerah Tanjung Tiram, mangsa, Muhammad Ramadhan, 2, maut selepas ditendang bapanya, Indra, 24, sehingga terpelanting dalam jarak satu meter lebih.

Ketika kejadian, Indra dikatakan berang mendengar suara tangisan anaknya lalu memarahi isterinya, Maryamah, 23, yang akhirnya mencetuskan pertengkaran antara pasangan berkenaan.


Gagal mengawal kemarahan, Indra melepaskan kemarahannya pada anak pertama, Muhammad Zairi, 3, dengan menendangnya sehingga terjatuh ke lantai dan mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri. Kejadian itu menyebabkan Muhammad Ramadhan ketakutan lalu menangis.

Mendengar tangisan Ramadhan, Indra menjadi semakin berang lalu menendang anak bongsunya itu dengan kaki kanan. Tendangannya itu terkena pada rusuk kiri mangsa membuatkan mangsa terpelanting sejauh satu meter, sebelum badannya kejang dan tidak sedarkan diri.

Melihat mangsa sudah tidak sedarkan diri, Indra terus panik dan memanggil isterinya untuk cuba membangunkan mangsa. Bagaimanapun, mangsa tetap tidak memberikan sebarang respon.

Pasangan itu kemudian menjerit meminta tolong. Jiran-jiran yang terdengar suara jeritan itu terus datang ke rumah pasangan itu dan ada yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.

Ketua Polis Bandar Batubara, AKBP Dedy Indriyantok, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Setelah mendapat laporan itu, kita terus pergi ke tempat kejadian dan menahan suspek. Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan menyerah dirinya. Kita sedang menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah itu dipengaruhi dadah ataupun tidak.

"Pertengkaran pasangan itu mengakibatkan anak bongsu mereka meninggal dunia yang difahamkan berpunca dari suspek yang sebelum itu mahu makan. Tetapi tiada nasi di rumahnya. 

"Suspek akan didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun (maksima)," katanya.

Menurut pihak keluarga mangsa, suspek tidak berniat untuk melakukan perbuatan itu sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa anak kandungnya sendiri.

"Sudah pasti ayahnya tiada niat untuk melakukan perbuatan itu kerana sebelum ini dia sempat bersihkan anaknya yang buat air besar," kata lelaki yang enggan didedahkan namanya itu.

Pihak keluarga juga kesal, polis terlalu cepat dalam mengambil keputusan untuk menahan bapa mangsa.

"Pihak keluarga sudah memohon agar polis biarkan ayahnya melihat anaknya dikebumikan dulu atau sehingga proses pengebumian selesai. Tetapi permohonan kami tidak diendahkan dan memberikan alasan menahan suspek demi keselamatan.

"Selama ini ayahnya baik. Ketika kejadian, ayah mangsa baru saja selesai solat maghrib dan terdengar anaknya menangis. Dia kesal isterinya tidak mampu menjaga anaknya ketika dia sedang bersolat dan akhirnya dia melepaskan kemarahannya itu kepada anak dan menendangnya sehingga tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia," jelasnya.-PenMerahPress-

Anak Norman Hakim Dapat Tawaran Sambung Pengajian Hafazan Di Turki..

Norman Hakim Gembira Anak Dapat Tawaran Sambung Pengajian Hafazan Di Turki

Pelakon Norman Hakim bersyukur apabila anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14, diberi peluang untuk menyambung pengajian hafazannya di Turki.
 
Norman berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) beserta foto surat tawaran anaknya baru-baru ini.
 
“Alhamdulillah abg @danishhakim_243 terpilih antara 10 pelajar utk sambung pengajian kat Turki utk settlekan hafazan dia lagi 7 juzuk berdasarkan prestasi semasa.
 
“Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya. SYUKUR,GEMBIRA,SEDIH,HIBA semua cukup.Ni anak pertama saya, darah daging saya merangkap kawan baik saya dunia akhirat yg boleh saya bawak berbual share mcm2.
 
"Saya tanya Danish,dia suka tak terpilih? Dia cakap inilah doa dia siang & malam utk sambung pengajian kat sana.
 
“Dulu pernah rasa mcm ni masa mula2 dia nak masuk asrama,skrg ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu. Saya cubalah cari kekuatan dgn izinNya, dlm masa sama kalau ada kawan2 kat sini yg pernah ada pengalaman mcm ni,mohon bagi saya kata2 semangat & motivasi ye.
 
"Saya amat memerlukan #hatiseorangayah #sedihsangatrasatapitakpedemiperjuangananakdanislam #rayanantitaktahulamacamana 😭😭😭 @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, ruangan komen IG Norman juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.
 
Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Norman juga memberitahu Danish kini dalam proses menguruskan pasport antarabangsa dan sibuk membuat persiapan untuk ke negara berkenaan pada Mei ini.


kredit:astrogempak.com

"Awak Ambil Gambar Saya dan Ceritakan Kisah Saya kepada Perokok-Perokok Tegar"- Perokok Tegar Yang Mengalami Tumor..



Banyak pihak yang membantah untuk larangan merokok,”merokok mati tak merokok juga mati” itulah salah satu alasan yang mereka katakan.

Itu sebagai perokok, tapi bagaimana pula dengan orang yang terkena asap rokok (perokok pasif) adakah berbahaya?

Disini kami kongsikan kisah seorang doktor yang memiliki pesakit yang sedang mengalami tumor pita suara akibat terlalu terdedah dengan asap rokok rakan sebilik sekaligus rakan sekerjanya. Berikut merupakan kisahnya.

“Saya panggil dia Min, pesakit saya yang sudah dua bulan di rawat di hospital ini, Min bekerja sebagai mekanik kereta, dia tidak merokok tetapi rakannya yang merokok.

Tapi pada akhirnya Min di sahkan menghidap penyakit Tumor pita suara kerana terlampau terdedah kepada asap rokok rakan-rakannya, pita suara, tekak dan saluran ke hidung juga terpaksa di buang, pembedahan di buat dengan mengerat hampir setengah bahagian lehernya.

Kini hidungnya sudah tidak berpungsi, Min bernafas melalui lubang warna putih di leher dan Min juga sudah menjadi bisu.


Min merupakan seorang yang baik, sebelum Min dibenarkan balik ke rumah, dengan gerak bibir dan tangan Min berpesan kepada saya”Adik jauhi asap rokok, ambil gambar saya dan ceritakan kepada rakan-rakan biar mereka berhenti merokok, katanya.


Sebagai sahabat, kita tidak mungkin memutuskan hubungan kawan hanya kerana kawan merokok. Kita sebagai kawan sepatutnya memberikan mereka nasihat agar mengurangkan tabiat merokok ketika sedang melepak bersama, kalau boleh jangan merokok. Untuk maklumat semua, sebenarnya lebih tinggi risiko perokok pasif terkena kanser atau tumor yang berpunca daripada perokok aktif. 

Kepada perokok aktif, jika tak nak berhenti merokok sekurang-kurangnya berilah toleransi kepada orang tersayang dan sekeliling, hisaplah di tempat lain, jangan biarkan mereka menderita hanya kerana kedegilan dan kepuasan anda. 

Salah seorang mangsa. Robby indra wahyuda merupakan salah seorang lelaki yang menentang sekeras-kerasnya larangan merokok, beliau disahkan meninggal dunia selepas di sahkan menghidap kanser di bahagian leher.  

'Hari ini Saya Raja & Ini, Puteri Saya' - Kisah Pengemis ini Beli Baju Baru Untuk Anaknya Setelah 2 Tahun Menunggu Jadi Tular..




Bagi yang berduit, membeli baju ibarat membeli gula-gula tetapi perkara sebaliknya dirasai oleh mereka yang kurang berkemampuan.

Bagi pengemis ini pula, dia mengambil masa dua tahun menyimpan untuk membeli baju baru untuk anaknya. Harga baju itu? 300 taka (matawang Bangladesh) atau RM 16.50 jika ditukar kepada Ringgit Malaysia.

Kisah sayu disebalik baju itu dikongsi oleh seorang jurufoto, GMB Akash yang memuat naik cerita itu di Facebook bersama gambar bapa itu bersama anaknya. Setakat hari ini, cerita itu kini menerima lebih 20,000 perkongsian.

Ikuti kisah pengemis itu yang telah alih bahasa di bawah:

"Semalam, saya berjaya beli baju baru untuk anak perempuan saya selepas dua tahun. Ketika saya menyerahkan 60 keping not 5 taka kepada jurujual, dia menjerit ke arah saya bertanya sama ada saya ini seorang pengemis. Anak saya pegang tangan saya dan menangis mahu meninggalkan kedai itu sambil berkata dia tidak mahu membeli baju baru. Saya sapu air matanya dengan sebelah tangan.

"Ya, saya seorang pengemis. Sepuluh tahun lepas saya tak pernah sangka akan meminta-minta duit dari orang. Satu malam bas terjatuh dari sebuah jambatan dan tidak sangka saya hidup. Saya masih hidup tetapi cacat. Anak lelaki bongsu saya selalu tanya di mana saya tertinggal tangan kiri saya sebelah lagi. Anak perempuan saya, Sumaiya, pula selalu suapkan saya setiap hari dan berkata dia tahu betapa sukarnya buat kerja sebelah tangan.

"Selepas dua tahun (hari ini), anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu saya bawa dia bermain sebentar. Mungkin saya langsung tidak dapat duit hari ni, tapi saya mahu bermain sebentar bersama anak kecil saya. Saya senyap-senyap pinjam telefon jiran tanpa memberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak pernah bergambar dan saya mahu buat hari ini menjadi hari yang istimewa buatnya. Bila satu hari nanti saya mampu beli telefon, saya akan ambil banyak foto anak-anak saya. Saya mahu simpan semua kenangan manis.

"Sukar untuk menghantar anak saya ke sekolah, tapi saya sendiri yang mengajar mereka. Kadang-kadang mereka tidak boleh pergi ambil ujian kerana untuk membayar yurannya kadang-kadang mustahil buat saya. Pada hari itu, saya akan beritahu mereka, kadang-kadang kita boleh ponteng ujian kerana ujian yang kita lalui setiap hari.

"Sekarang saya akan pergi mengemis. Saya akan letakkan anak saya di satu tempat lain dimana dia akan menunggu saya. Saya akan tengok dia dari jauh ketika saya mengemis. Saya raas malu bila dia tengok saya apabila saya tadah tangan kepada orang lain. Tapi dia langsung tidak meninggalkan saya seorang diri. Kerana ada kereta besar dan dia fikir kemalangan boleh berlaku lagi. Kereta-kereta ini boleh langgar dan saya akan mati.

"Apabila saya dapat sedikit duit, saya akan pulang ke rumah sambil memegang tangan anak saya. Kami akan pergi ke bazar dalam perjalanan rumah dan anak saya selalu bawa beg itu. Ketika hujan, kami suka biarkan basah dan bercakap tentang impian kami.

"Jika tak dapat wang, saya akan pulang dengan senyap. Hari itu saya seperti mahu mati tapi malamnya, apabila anak-anak saya tidur sambil memeluk saya, saya berfikir hidup ni bukannya teruk sangat. (Hidup) hanya teruk bila anak perempuan saya tunggu sambil tundukkan kepala dia ke bawah. Apabila saya tidak dapat lihat mata dia ketika mengemis.

"Tapi hari ni hari yang lain. Kerana hari ni anak perempuan saya sangat gembira. Hari ni bapanya bukan seorang pengemis. Hari ini, bapanya seorang raya dan ini adalah puterinya.

- MD. Kawsar Hossain

Sumber: GM Bakash

Tiba-tiba Mak Mertua Aku WhatsApp Pukul 4 Pagi.. Apa Yang Diberitahunya Buat Aku MENANGIS !!!

Gambar Sekadar Hiasan
"Aku ex iium, kawin time belajar last semester. Nama aku Mila. Husband aku pegawai bank kat selangor. husband aku anak no 2 dan anak kesayangan mak mertua aku. sebelom kami kawen, laki aku ada cakap yang mak die x suka orang pantai timur. bagi die, org pantai timur ni cakap ntah apa-apa, x pandai jage diri and selekeh. Nak dijadikan cerita, aku ni org terengganu.

So first things first, die mmg da x suke aku la.sebb orang pantai timor. mase datang merisik pon die terus terang je cakap, susah kalau kawen ngn org pantai timur ni, jaoh dan penat nak drive.tapi disebabkan anak die da berkenan, die ikotkan jugak walaupon jaoh. Pertama kali aku diamkan jela sebb nak jage hati bakal mertua.
Famili mertua aku ni menetap kat arab saudi, madinah. sebb ayah mertua aku kerja kat sane. abang ipar aku ni kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang perak. mase mula2 kawin dulu, aku balik kadang2 la umah maktua aku sebb aku masih lagi belajar. mase tu mak mentua and 2 org lagi anak die da fly to saudi.
Aku ni pulak, jenis yg buat keje banyak2 terus, contohnya, iron baju banyak2, basoh bju banyak2 n masak banyak2 la. orang pntai timo ni kn mmg pandai masak n sedap plak tu. Nak dijadikan cerita, sebulan kawin aku da disahkan mengandung. Alhamdullillah,rezeki. aku kene hadap morning sickness yang sangat2 terok sampai aku nk jlan pon x larat. masa cuti semester tu, husband aku bawak la aku duk umah mertua aku yg mase tu abang ipar n bini die ngah duduk jugak. die x nak la tinggalkn aku kat umah mak aku kat terengganu sorang2 sebb aku alahan terok, sush die nak datang n jage aku time tu.
Rumah kami ngah renovate mase tu nk besarkan dapor. so aku setuju. aku duduk la sana, tetapi bini abang ipar aku ni mcm x suka aku dudk kat sane jugak. aku memang x leh nk masak atau buat ap2 time tu. bau minyak n bawang goreng pon x buleh. bau ubat gigi pon x boleh.sampai aku gune ubat gigi budak2 yg kodomo lion tu je tuk berus gigi aku. masok mkanan je terus muntahkn balik. mae tu check in check out hospital je keje aku. So mmg aku x de energy dan mmg tak larat la nak kemas2 umah ke masak ke.
Tapi, aku siap2 da anta dobi baju kerja laki aku ciup gosok da untuk 2 minggu. so keje aku time tu baring jela. Disebabkan aku ni baring je, bini abg ipar aku ni mengadu kat mak mertua aku ni. Cakap aku ni duk sini macm raja, and buat die macm hamba. die cakap aku n#i x iron pon baju laki aku, laki aku pakai je baju yang be#rkedut seribu pehi kerja. Demi Allah, aku tak de pon nak suruh die masakkn ke ap ke untuk aku, sebb aku memang x leh makan ap2 pon.
Mak mentua aku ni wasap aku pg2 bute, dalm kol 4 pagi mcm tu, maki hamun aku cakap aku manje la, mengade la,. die cakp la dulu die pon mengandong jugak boleh je buat keje umah, masak x de pon nak harapkan orang masakkan untuk die. aku nangis la bile die cakp mcm2 kat aku dalm wassep tu. mungkin sebb ngah mengandong kot, emosi lebih. laki aku time tu terkejut la sebb aku nangis sedu sedan, aku bg la die bace wassap mak die tu. 
laki aku macam bengang la, sebb m#cm mane die boleh tau sedangkn die x de kat sini pon. esoknya, die la tanye abang die, abang die cakp x tau ap2, so sah2 la bini die punyer keje. kami try la tanya secara baik, die x menga#ku, last2 laki die cek wassap die, mmg die yg jadi batu api cerita macam2 kat mak mertua kat sana. Aku and husband aku start hari tu, memang da x cakap ap2 pon biras aku.
Mase nak raya, diornag balik malaysia. ayah mertua aku harap sangt la boleh duduk ramai2 berkumpul ramai2. aku ikotkn la jugak walaupon macam malas la. mase tu aku da ok sikit la, boleh la masak sikit. mase tu plak, diorang ni ambik kesempatan, suruh aku masak macam2. aku dengan perot boyot nye, masak la sorang2 kat dapor sambil menangis. mcam2 aku masak, nak sangt ambik h#ati ayah mertua ak. dah la msak sorang2, bile makanan da hidang, mak mer#tua aku ni x ajak pon aku makan sekali. sedih sangt time tu. ase nak balik je nak mengadu kat mak aku. laki aku ni serba salah, last2 die ajak aku makan dengan die je nanti. da la aku masak, aku hidang, diornag mkn2 pastu tinggal je pinggn mangkok tu atas meja pastu keluar nak g jalan2 . siap pesan lagi kat aku, cuci bersih2 dan keringkan betol2 sebb pinggan tu mahal.
Cube korang pikir hati aku time tu? aku ni menantu ke maid diorang? bukan aku sorang je menantu, die ad lagi 1 menantu dan 1 anak perempuan. tapi semua tu aku sorang yang buat. berpeloh aku duduk kat dapur, sorang2, bila da masak makan nye ramai.
Mak mentua aku mase aku bersalin x datang tengok x kol pon tanye aku n cucu die ok ke x. alasan die jaoh. tup2 aku dapt tau m#enantu kesayangn die seliuh kaki, boleh plak drive ke ipoh semata2 nak tengok. time tu aku memang da terasa hati sangt2. die balik dari bercuti kat istanbul beli mcm2 kat menantu die sorang lagi. tudung abaya, tshirt set pinggn mangkok la , bahagian aku, die beli tudung 1 helai je, x beli kn aku baju ke ap ke sebb alasan die x tau size. padahal aku ni size standard je,kalo nak banding ngan menetu die srang lagi yang agak gempal tu. Semua yang aku buar,ad je yang x kene kat mate die. h#ari tu die kol laki aku dari madinah, tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mhal tuk aku? membazir je die cakp. baik belikan die. aku diam je x cakp ap2.
Ntahla, now aku da keje, anak aku da 8 bulan da now, dan da duk umah laki aku. aku da jadi x keruan sebb miggu depan diornag da nak balik sebb nak beraya. tahun ni turn raye umah mak aku kat terengganu. kadang2 aku pikir jugak, hine sangt ke orang pantai timor ni dimata orang Johor?? mulia sangt ke diorang yg kaya raya ni berbanding peneroka felda ? kadang2 aku terpikir jugak, kenapa ek orang yg pakai jubah laboh tuudng besa dan diornag da dudk kat madin#ah, kat tnah suci, tapi kenapa still ad sikap negatif mcam tu?? aku tanye jugak laki aku apsal aku, laki aku hanya soh sabar2 sebb die cakp ada balasan dan bahagian oarang2 yang sabar ni.
Aku hmmmm ntah la, x tau la setakat mane leh sabar …. doakan aku supya diberikan sabar yang tertinggi.
Dipetik dari : iiumc

Bayi Pra-Matang Yang Disangkakan Meninggal Dunia Waktu Dilahirkan, Rupa-Rupanya Masih Bernyawa Sewaktu Hampir Dikebumikan..

Bayi Berkenaan Sedang Di Rawat.

New Delhi: Seorang bayi yang baru lahir dan diisytihar mati oleh kakitangan kejururawatan di sebuah hospital didapati masih hidup oleh keluarganya sejurus sebelum dia dikebumikan.
Durgesh Rathore, 25, melahirkan anak pramatang selepas hamil 24 minggu dengan bantuan jururawat di Hospital Pandit Brij Sunder Sharma di Bundi, daerah di negeri Rajasthan, barat India.
Bayi yang hanya seberat 0.4 kilogram itu diisytihar meninggal dunia selepas dia tidak menangis atau bernafas.
Apabila keluarganya bersiap untuk mengebumikannya, mereka merasakan degupan jantungnya dan melihat dia bernafas.
Mereka serta-merta membawanya ke hospital semula.

"Konon-Konon Dapat Hadiah Percuma, Tapi Rupa-Rupanya Mak Ayah Saya Ditipu Oleh Jurujual, Kerugian RM3,988..


Sudah menjadi kebiasaan, jika kita pergi ke pasaraya sememangnya akan ada 'promoter' ataupun 'sales girl' yang akan mengekori kita bagi mempromosikan produk mereka. Ada yang memberikan kita pamplets, tester produk, dan ada yang terus memberikan hadiah pada kita. Bila kita mengambil hadiah yang diberikan tu, mereka akan mengajak kita untuk ke meja mereka dahulu, kemudian terus di 'gula-gulakan' seperti yang dialami oleh ibubapa Puan Norhaliza Mohd Nor ini:
"Kedua ibubapa saya telah ditipu oleh sekumpulan manusia di Tesco Mutiara Damansara petang semalam. Mulanya, dihulurkan beg grocery yang kononnya diberikan percuma. Pastu dijemput kedua ibubapa saya duduk sebab kononnya penerima beg percuma tu kena tulis nama. Haaa... time ni lah dengan cepatnya ibubapa saya ditipu oleh sekumpulan manusia ni. 
1) mereka tunjukkan satu set vacuum cleaner yang dijual. Kedua ibubapa saya kata mereka tak nak beli sebab dah ada dah vacuum cleaner di rumah. 
2) kemudian salah seorang salesgirl (dikenali dengan nama "Bella") memberikan satu gadget kepada ibu saya. Ibu saya disuruh menekan pada skrin di gadget tersebut. Gadget yg sama diberi kepada ayah saya, dan disuruh untuk lakukan yang sama. Lo and behold! Ayah saya telah memenangi 2 barang percuma - 1) vacuum cleaner yang dikatakan bernilai RM3,680 dan 2) microwave yang dikatakan bernilai RM3,988. 
3) ayah saya diberikan gadget tersebut untuk menekan sekali lagi. Kali ini ayah saya mendapat bonus sebanyak RM100, yang sekaligus melayakkan ayah saya mendapat sebuah water dispenser yang boleh digunakan secara percuma selama 3 bulan. Kalau berminat, Julai nanti baru mula bayar sebanyak RM80 sebulan selama 48 bulan. 
4) kemudian ayah saya ditanya samada beliau ada memiliki apa2 kad kredit. Terus terang kat sini saya pun tak faham macamana ayah saya boleh keluarkan walletnya. Si Bella tadi ternampak kad kredit HSBC dan terus mengambil dari tangan ayah saya. Seorang lagi salesgirl bertanya kepada ayah saya, sudah berapa lama kad kredit HSBC itu digunakan kerana menurut mereka, kalau lebih daripada 2 tahun, ayah saya layak mendapat satu multi-cooker secara percuma. 
Wah! Percuma lagi! 
5) entah bila masa kad tu di"swipe" pun tak tahulah. Tiba2 ayah saya diberikan beberapa dokumen untuk ditandatangani. Frankly speaking, for a 74-year old yang tak pernah guna kad kredit untuk beli barang2, bila diserahkan dokumen2 tu, it didn't register in my dad's mind that payment has taken place. Aduiii! Bila pulang ke rumah, dan meneliti terma2 dalam dokumen tersebut barulah ayah saya sedari bahawa dirinya telah ditipu dan wang sejumlah RM3,988 telah dicaj ke kad kreditnya. 
6) saya dan suami bergegas pulang dari sekolah anak bongsu dan terus ke Tesco Mutiara Damansara untuk "fight" untuk ayah saya yang juga telah pulang semula ke Tesco untuk minta duitnya dikembalikan. 
Image may contain: 1 person, sitting
Saya mengambil gambar dokumen2 yang telah diberi kepada ayah saya sementara menunggu tuan supervisor tiba. Di sebelah saya adalah salah seorang daripada dua salesgirls di situ.

7) tiba di sana, kami segera meminta supaya keseluruhan transaksi dibatalkan dan wang ayah saya dipulangkan. Kami bertegas bahawa mereka telah mengelirukan ayah saya dan telah menipunya. Si Bella ni tadi menelefon supaya supervisornya turun untuk berjumpa kami. Wah.. macam samseng rupa si supervisor ni. Kami terus bertegas dengan supervisor untuk kensel transaksi dan pulangkan duit ayah saya. Supervisor enggan kerana katanya ayah saya telah faham semua terma dan telah tandatangani dokumen2 yang diberikan. 
Image may contain: 1 person, sitting
"Bella" menelefon supervisornya untuk turun berjumpa kami 

8) kami tetap bertegas bahawa ayah saya telah ditipu (misled) dan mereka telah menipu ayah saya. Tiada disebut ayah saya perlu membayar atau membeli apa2 tetapi wang telah diambil. (berlakulah insiden jerit-menjerit selepas itu sehingga saya sendiri menggigil kerana terlalu marah. Tak heran dah dengan orang keliling. Ayah saya telah ditipu dan saya takkan sesekali membiarkan manusia2 ni terlepas begitu sahaja)
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Supervisor dan "Bella" yang bertegas bahawa mereka telah menerangkan segalanya kepada ayah saya. Walhalnya mereka telah menipu dengan bercerita tentang yang percuma sahaja. Tidak disebut langsung tentang sebarang pembelian.

Eiii... masih boleh ingat waktu ni. Saya menggigil kemarahan. Bila keluar perkataan "bullshit" daripada mulut saya, supervisor tu bukan main marah seolah2 perkataan tu a four-letter word. Grrrr!!!!
 

9) encik suami membuat beberapa panggilan dan memaklumkan kepada saya. Sebelum kami beredar, saya sebut kepada si Bella "wait for the authorities to come". Dia hanya senyum kepada saya, seolah2 mereka telah menang, dan kami telah kalah. 
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Si supervisor sedang memarahi "Bella" dan menyuruhnya supaya diam. Saya cuba dapatkan nama penuh "Bella" tapi dilarang oleh encik supervisor. 

10) pulang ke rumah dan setelah berbincang dengan semua adik beradik saya, kami bersetuju bahawa satu laporan polis perlu dibuat kerana kami mungkin telah dan akan menyebabkan kesusahan kepada kumpulan manusia ini. Kami khuatir kedua ibubapa saya akan menghadapi apa2 komplikasi kerana alamat rumah sbgnya ada pada kumpulan manusia ini. Selepas maghrib, saya dan suami pun ke balai polis Taman Tun Dr Ismail bersama ayah untuk membuat laporan polis. 
(huhu.. nak pendekkan cerita, tapi dah jadi panjang pulak!  
Pagi tadi, kami dimaklumkan bahawa pihak KPDNKK telah pergi petang semalam juga dengan membuat penyamaran. Dipendekkan lagi cerita, mereka telah ditahan dan akan didakwa. ALHAMDULILLAH! Baru rasa puas hati saya. Mengambil kesempatan kepada warga emas untuk kesenangan hidup sendiri. Memang pantang tok nenek la kan!! 
Oh.. lupa nak cerita. Selepas ayah saya menandatangani dokumen2 yang diberi, mereka seolah2 begitu gembira. Siap suruh ayah saya belanja mereka makan lagi! Dan lagi sekali saya tak faham di sini bagaimana dengan mudah ibubapa saya bersetuju untuk belanja pulut durian, pulut mangga, siap dengan air minum lagi. Ada la dalam RM50 jugak untuk semua mereka tu. Adakah kedua ibubapa saya telah dipukau? Wallahu a'lam. 
Moral of the story - Elakkan mengambil apa2 yang dihulurkan secara percuma. Sorry to all guys who are honest. Tapi disebabkan oleh manusia2 macam ni, saya semakin tidak percaya kepada sesiapa yang cuba nak beri apa2 secara percuma. There is no such thing as free gifts. Mesti ada "catch"nya. Tambah2 masa zaman ekonomi meleset seperti sekarang. 
Sekian, terima kasih.

Drama '7 Hari Mencintaiku' Bolot 6 Kemenangan Kategori DFKL 2017!..

Pemilik Pena Creative Pictures, Datuk Ziela Jalil menyampaikan ucapan selepas drama terbitan syarikatnya iaitu 7 Hari Mencintaiku diumum sebagai Drama Pilihan DFKL 2017. -foto Instagram @tontonmy

PUTRAJAYA: Drama 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Drama 28 episod yang disiarkan di slot Akasia itu turut merangkul lima kategori lain iaitu Pengarah Pilihan yang dimenangi oleh Jamal Khan, dan Skrip Pilihan daripada PGRs Team.Selain itu, pelakon utama drama berkenaan iaitu Shukri Yahya dan Siti Saleha memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan.

Siti Saleha dan Shukri Yahya.
Manakala, lagu nyanyian Dayang Nurfaizah dalam drama berkenaan berjudul Lelaki Teragung turut meraih anugerah Lagu Tema Pilihan.

Pelakon Mira Filzah dipilih memenangi kategori Aktres Pilihan menerusi drama Cinta Si Wedding Planner.

Sementara itu, pelakon Izzue Islam pula merangkul kategori Antagonis Pilihan menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap.

Anugerah DFKL bagi edisi keempat ini dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9 telah membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Februari hingga 20 Mac lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.Pemenang sembilan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.

Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Kongsi Kalau Malu arahan Mohammed Syafie Syed Mohammed, Syalikh dan Nazrul Raidhwan Uvise sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Persembahan penutup daripada Dayang Nurfaizah.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dihoskan oleh AG, Sherry Alhadad dan Rita Rudaini.
Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Elyana, Salma, Sissy Iman, Haqiem Rusly dan Aiman Tino.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2016.
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017:
1. Aktor Pilihan: Shukri Yahya (7 Hari Mencintaiku)
2. Aktres Pilihan: Mira Filzah ( Cinta Si Wedding Planner)
3. Drama Pilihan: (7 Hari Mencintaiku)
4. Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
5. Penulis Skrip Pilihan: PGRS (7 Hari Mencintaiku)
6. Antogonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
7. Pasangan Pilihan: Shukri Yahya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
8. Lagu Tema Pilihan : Lelaki Teragung (7 Hari Mencintaiku)
9. Drama Pilihan Tonton VIP: (Meh Sandar Pada Aku)
10. Drama Radio Pilihan : (Terima Kasih Ex)
11. Drama Pendek Pilihan: (Kongsi Kalau Malu)


kredit: mstaronline