Di Malaysia realitinya anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang atau geran tanah, rumah dan harta yang lainnya. Tapi, di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya. Masya Allah...
Penulis Asal: Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Ghani
SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH
Dua Orang Adik Beradik di Saudi Arabia bergaduh dan merebut HAK penjagaan ibu hingga ke mahkamah. Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dengan air mata yang bercucuran, menangis sehingga membasahi janggutnya. Kenapa? Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah.
Tentang apakah kekalahan dengan saudaranya? Tentang tanah atau harta? Bukan kerana itu semua. Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yang sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yang telah kusam.
Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yang selama ini menjaganya, tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain, untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dan lain-lain di kota jauh lebih baik daripada di desa.
Namun Hizan menolak dengan alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya. Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, sehingga berlarutan ke mahkamah.
Sidang pun bermula hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah. Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yang sudah tua yang beratnya sudah tidak sampai 40 kilogram.
Hakim bertanya kepadanya, siapa yang lebih berhak tinggal bersamanya. Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk kepada Hizan, "Ini mata kananku". Kemudian menunjuk kepada adiknya sambil berkata, "Ini mata kiriku".
Hakim berfikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan,
berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu.
Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut. Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu, direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini.
Andai kata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya.
Ini adalah pelajaran dan pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua di zaman yang sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka.
Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya. Aamiiin, Aamiin ya Rabbal'alamiin.
0 comments: