Showing posts with label KELUARGA. Show all posts

Awas, Risiko Sendi Siku Teralih Kalau Angkat Bayi Dengan Cara Menarik Tangannya!..

siku teralih

Niat di hati nak gembirakan anak dengan cara memegang kedua-dua belah tangannya dan menghayun seperti putaran kipas helikopter tetapi tanpa disedari perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada tulang sendi siku anak.
Bahkan kadangkala cara kita mengangkat atau memegang anak pada tangannya atau menarik tangan anak secara tiba-tiba turut boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.
Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, Pakar Bedah Ortopedik di salah sebuah hospital di Pahang, dalam terma perubatan, kecederaan ini dikenali sebagai 'radial head subluxation'. Ia juga disebut sebagai 'Pulled elbow', 'Nursemaid's elbow' atau 'Babysitter's elbow' kerana kerap juga berlaku ketika kanak-kanak berada dalam jagaan pengasuh.
Sebarang perbuatan menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius terkeluar daripada Annular ligament dan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.
Kecederaan ini kerap berlaku pada bayi baru lahir sehingga berusia 7 tahun namun paling kerap terjadi pada kanak-kanak usia 1 hingga 4 tahun. Ini kerana pada usia ini, tulang dan otot kanak-kanak masih belum matang dan memudahkan kecederaan tersebut berlaku.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas.
Segera dirawat
Sekiranya anak anda mengadu sakit pada sikunya segera bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ujian X-ray perlu dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada atau tidak kepatahan tulang berlaku.
Jika dirujuk ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket dan Annular ligament secara Closed Manual Reduction (CMR). Ia hanya dilakukan selepas anak diberi ubat penenang dan penahan sakit.
Doktor akan mengulangi ujian x-ray selepas prosedur CMR bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipakaikan anduh selama 1 hingga 2 minggu bagi membolehkan tisu yang koyak sembuh seperti sediakala.
Sekiranya anak tidak segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana menganggp tiada kecederaan serius berlaku pada anak, ia boleh menyebabkan beberapa risiko seperti:
a. Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.
b. Berisiko mendapat kecederaan pada saraf Posterior Interosseous Nerve (PIN) yang boleh menyebabkan keadaan 'finger drop'. Finger drop ialah keadaan dimana pesakit tidak akan mampu mengangkat dan meluruskan jari-jari beliau akibat kerosakan saraf PIN ini. Kebarangkali sembuh bagi kerosakan saraf PIN adalah agak rendah.
c. Sendi ini akan menjadi longgar. Lebih malang lagi sekiranya anak anda mendapat radang sendi siku atau Osteoarthritis akibat kelewatan ini.
Maka, diharap ibu bapa lebih prihatin dan jangan anggap masalah ini perkara remeh. Ambil perhatian tentang 3 perkara berikut:
1. Elakkan daripada suka menghayan anak-anak.
2. Elakkan daripada menyentap atau menarik tangan anak anda dengan keras.
3. Jika mengangkat atau mendukung anak, sentiasa angkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian ketiak mereka. Elakkan cara mengangkat anak dari pembaringan dengan menarik tangan mereka.
Rawatan awal mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk pada anak anda.

Sumber: The Malaysian Medical Gazette,Majalah Pa Ma.

Banyakkan Bersedekah Pada Isteri, Jika Mahu Rezeki Semakin Lapang dan Bertambah..

BANYAKKAN BERSEDEKAH PADA ISTERI
Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah SEDEKAH. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Si suami selalu merungut gajinya tak cukup sampai nafkah isteri pun kadang terabai.......
Hak isteri harus dijaga. 
Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri

Banyakkan bersedekah pada isteri, insya Allah rezeki suami semakin lapang dan bertambah

Oleh:Ustaz Ahmad Nasir

"Anak Tanya Kenapa Allah Suruh Solat Banyak-Banyak?" Ini Jawapannya..

Image may contain: 2 people, people standing, child and indoor

Penjelasan Terbaik Jika Anak Anda Persoalkan Isu Solat.

Assalamualaikum, Mama Lana Luqman dibanjiri message inbox dengan soalan bagaimana mendidik anak solat. Sejujurnya saya juga melalui proses kaedah cuba jaya di mana selalunya gagal belaka. Bukan sahaja bab solat, mendidik anak special mahupun anak typical memanglah kena menggunakan kaedah yang berbeza-beza.lain anak lain ragamnya kan? 

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Syahirah Omar Akademi Fitrah.

Image may contain: 2 people, people sitting

SOLAT 

1. Saya akui saya juga dulu agak tidak mengambil berat tentang ketepatan masa untuk solat. Solat bila akhir waktu, solat bila semua kerja dah selesai, solat bila anak-anak dah tidur. Saya mencari-cari waktu setelah semua kerja selesai. 

Tetapi sebenarnya saya selalu terlupa dengan solatlah tempat kita meminta pada Allah supaya memudahkan segala urusan kita. Jadi, tips yang pertama, mama dan ayah kena solat on time atau secepat mungkin sambil mengajak anak-anak. 

"Okay kemas semua mainan, Jom kita wudhu dan solat," 

TAWAR MENAWAR 

2. Biasalah, drama-drama anak ini bermacam-macam. Ada angin dia asyik tanya, 

"Kenapa sampai 4? Kenapa tak 3? Kenapa tak 2? Saya letih hari ini mama," 

Selalu mereka akan cuba tawar menawar tetapi hukum Allah tetaplah kena bertegas. 4 means 4. Kau tergolek pun mama minta 4. Main-main waktu solat pun akan diberi hukuman. Ini tips untuk anak-anak yang 5 tahun ke atas. Yang masih baby, saya rasa ajaklah bersama letak di sebelah. Anak memang akan belajar dari apa pemerhatian mereka. Tutup segala TV dan simpan segala gadget. 

Image may contain: 1 person, child

"MAMA, KENAPA KITA KENA SOLAT BANYAK-BANYAK NI?" 

3. Soalan ini kerap sangat anak typical saya tanya. 

"Sebab Allah suruh bukan mama suruh," 

"Kenapa Allah suruh solat banyak-banyak? Luqman penat sangatlah 4 keraat," soal Luqman. 


"Rakaat, bukan keraat. Sebab Allah kata kalau nak masuk syurga kena solat. Siapa tak solat nanti masuk api neraka. Luqman nak masuk mana?" 


"Luqman nak masuk syurga. Tapi kenapa kena solat banyak dan sama saja selalu?" soal Luqman lagi. 


"Sebab nak cakap terima kasih Allah. Kalau mama bagi Luqman toys, Luqman cakap thank you kan? ALLAH bagi Luqman bangun sihat pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, bermain dengan kawan--kawan. Luqman makan mama masak yellow soup, semua itu Allah yang bagi. Jadi kena say thank you pada Allah," jelas saya padanya. 

Sebenarnya, setiap hari dia bertanya. Bukan hari ini saja, esok, lusa dan bulan depan. Jawab dengan sabar dan jawapan janganlah berubah teruk sangat. Terus sebut sahaja yang ini adalah perintah Allah. 

GANJARAN 

4. Sekali sekala ganjaran sangat penting untuk memberi motivasi kepada anak-anak agar berlumba-lumba membuat kebaikan. Antara hadiah yang diberi contohnya penggunaan handphone mama (kecuali Facebook) untuk 10 minit, penggunaan laptop selama 10 minit, makanan kegemaran atau mainan Lego RM5. 

Alah, kita dulu pun kena bagi aiskrim Malaysia sebagai upah, barulah berlumba-lumba nak pergi kedai belikan mak bawang 10 biji kan? Lebih kurang samalah. 

Selalu bawa anak ke masjid pada waktu-waktu kurang jemaah pada permulaan. Waktu dhuha, waktu selepas solat fardhu. Kemudian bila sudah terbiasa, maka mereka juga akan terbiasa. Boleh cuba bawa mereka solat maghrib di masjid bersama. Pastikan mereka duduk di sebelah . 

Selesai solat, tarik anak duduk depan kita bagi anak yang masih kecil, jangan biarkan mereka menganggu jemaah yang lain. Setakat ini, itu sajalah perkongsian saya. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang lain. InshaAllah.

Image may contain: 1 person, child

"Bulan Ni Gaji Saya RM900 Je Sayang"



Saat aku menulis di page ni, suami yang tercinta sedang nyenyak tidur. Aku perati kan aje suami aku. Banyak yang dia dah berkorban untuk aku. Untuk aku dan bayi pertama kami. 

Dia nampak penat sangat. Mana tak nya, dia lah breadwinner dalam keluarga kecil kami. Aku dibuang kerja dulu masa mengandung, tapi aku ada buat bisnes kecil-kecilan dari rumah. Dapat lah tolong suami sikit sebanyak bila dia tak cukup.

Suami aku, bukan saja tenaga yang dia korbankan. Tapi masa, wang ringgit dia yang tak seberapa ada tu pun dia korbankan untuk aku dan anak. 

Aku jatuh sakit dan dia lah yang banyak mengorbankan segala yang dia ada untuk tengok aku pulih semula. 

Baru-baru ni, dia tertunggu tunggu gaji dia, setiap jam log in log out account cimb clicks dia. Bila gaji finally masuk, aku tengok dia tergamam depan skrin handphone.

“RM900 je gaji saya bulan ni syg” Katanya perlahan. Baru teringat yang bulan lepas, dia banyak ambil cuti untuk menjaga anak kami, dan aku yang tengah sakit. 

Sebak aku tengok muka dia aku tak dapat nak describe macam mana, bergenang air mata tapi aku tahan kan aje. Nasib dia masih pandang ke skrin handphone dia, kalau dia tengok muka aku mesti dia cakap “Jangan risau”. Dalam 15 minit lepas tu, aku tengok mulut dia ada terkumat kamit.

“Alhamdulillah” dia kata, sambil sapu tangan ke muka. Lepas tu dia pandang muka aku, senyum kelat. 

Katanya padaku, “Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya ada gaji. Tapi macam mana saya nak bayar duit kereta dengan duit rumah ni eh?”

Aku sedih. Aku sedih sebab aku tak ada jawapan. Aku hanya mampu usahakan dengan bisnes kecil-kecilan aku ni untuk bantu dia. 

Aku ada apply jobs through jobstreet memandangkan aku dah bersalin, dan dah habis pantang. Tapi belum sihat sepenuhnya. 

Mungkin belum rezeki aku, baru satu dua company yang reply tapi belum panggil interview. Mudah-mudahan ada la tu nanti rezeki untuk kami sekeluarga.

Sejak dia tanggung aku sepenuhnya, sejak dia buat segala kerja rumah tanpa merungut- basuh baju, sidai baju, sapu rumah, mop rumah, kemas dapur, lipat baju walau pun senget benget, you name it, dia lah yang buat semua. 


Malah siap tolong urutkan kaki, badan aku yang kesakitan lepas dia balik dari kerja, aku selalu ucapkan terima kasih pada dia. Tapi dia hanya diam. Dia tak balas satu apa.

Sampailah satu hari tu masa dia tengah urut kaki aku, dia kata,

“Awak tak perlu la ucapkan terima kasih dekat saya, saya tak suka. Sebab tu saya diam je” Aku cakap pada suami..“Dah awak tolong saya macam-macam, tanggung makan minum saya, so saya ucapla terima kasih. 

Macam kalau kita buat salah kat orang, kita minta maaf kan, ni kita bersyukur ada orang tolong so kita cakap la terima kasih.”

Suami balas,

“Itu tanggungjawab saya syg”

Jawab aku pula,

“Memang tu tanggungjawab awak, tapi awak tau tak berapa ramai suami kat luar sana walaupun diorang tau apa tanggungjawab diorang tapi diorang tak buat pun? Tapi awak buat, sebab tu saya berterima kasih”

Suami aku hanya diam.

Sungguh, saat ni aku sangat bersyukur dikurniakan suami sepertinya. Aku tak tau apa masa depan kami, adakah kami masih akan bersama ataupun tidak, berapa lama jodoh kami berdua akan bertahan, semua nya rahsia Allah! 

Apa yang aku tau, di saat ini, waktu ini, inshaAllah dengan izinNya aku takkan sia-sia kan masa yang aku ada bersama suami aku. Bersabarlah wahai suami, inshaAllah ada rezeki yg lebih baik untuk kita sekeluarga nanti.

Buat suami, aku tak mengharapkan kemewahan, cukup lah apa yang ada ni asalkan halal, dan diredhai Allah. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah kau korban kan untuk aku. 

Aku tak pernah sangka yang kau sanggup ada dengan ku di saat aku tengah jatuh. Walaupun kita dah mengenali satu sama lain dari zaman universiti. Aku tak pernah sangka sebab dari kecik aku diajar untuk tak mengharapkan sesiapa, kecuali diri sendiri dan Allah. Tapi aku silap, kau lah yang ada dengan aku, kau saja lah yang setia.

Post ini bukan aku nak memuji suami berbukit-bukit semata, tapi hanya sekadar luahan hati kecil aku. Setiap kali pandang muka nya bila tengah tidur, hati aku jadi sebak. Aku yang kekononya kuat di siang hari, jadi lemah bila malam. 

Wahai suami-suami di luar sana, laksanakan lah tanggungjawab kamu sebagai seorang suami, bahagiakan lah isteri mu, senang kan lah hati dia, sama-sama lah didik anak-anak untuk menjadi anak-anak yang baik, taat dan mendengar kata.

Bila sang isteri redha, bahagia dan beryukur dengan kehadiran mu, inshaAllah rezeki mu akan melimpah ruah dengan izinNya sebab isteri akan sentiasa mendoakan segala yang terbaik ada di muka bumi ini, hanya untuk kamu wahai suami.





Sumber: kakishare.my

Kenapa Paras Rupa Suami Isteri Yang Dah Lama Berkahwin Semakin Sama? Ini Jawapannya!..

Masyarakat kita kata, kalau wajah serupa, maknanya jodoh kita dan pasangan panjang (amin!). Namun, sebagai kepastian, jom kita tengok apa kata para pengkaji psikologi tentang fenomena wajah seiras yang berlaku pada pasangan yang dah lama berkahwin – memang menarik!

“Wah, rupa paras awak dan suami memang sama. Pasti jodoh berpanjangan!”
Ini adalah kata-kata yang biasa kita dengar tentang pasangan yang telah lama berkahwin. Entah mengapa, rupa paras mereka kelihatan berubah dan semakin lama, semakin seiras. Anda perasan tak akan fenomena ini?
Rupa-rupanya, terdapat beberapa kajian psikologi yang telah dijalankan oleh para pengkaji tentang mengapa pasangan berkahwin mempunyai paras rupa yang semakin sama.
Seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, telah membuat kajian terperinci dengan mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru.
Ternyata, melalui hasil kajian itu, beliau mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain.
Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?

Sebab-Sebab Kenapa Pasangan Berkahwin Mempunyai Rupa Paras yang Semakin Sama

1.     Berkongsi Pengalaman yang Sama

Antara sebab utama mengapa wajah kita seakan-akan wajah isteri atau suami kita adalah kerana kita berkongsi pengalaman yang sama sepanjang menjalani rumah tangga berdua.
Yelah, banyak yang kita lalui bersama-sama. Perkara sedih, gembira, menarik, membosankan, dan pelbagai lagi aspek kehidupan lain – kita melakukan dan menempuhinya bersama dengan pasangan kita.
Hasilnya? Sama ada kita perasan atau tidak, perasaan yang kita alami bersama sepanjang tempoh perkahwinan kita itu telah membentuk personaliti, bahasa tubuh, dan keadaan fizikal yang agak serupa.

2.     Kita Meniru Eksperi Muka Pasangan Tanpa Sedar

Sebaik sahaja kita menangkap gambar berdua dengan suami atau isteri kita, pasti akan ada yang berkata, “Muka kamu berdua ni dah macam kembar saya tengok!”
Kadangkala, kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku.
Haaa..kalau anda hendak tahu, antara sebab kenapa pasangan berkahwin mempunyai paras rupa yang semakin sama adalah kerana kita terdorong untuk meniru ekspresi muka pasangan kita tanpa disedari.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Robert Zajonc, semakin lama kita menghabiskan masa dengan pasangan kita – setelah bertahun-tahun – semakin cenderung untuk kita meniru ekspresi atau mimik wajah mereka.

3.     Pengaruh Komunikasi atau Hubungan Sosial yang Lama

Melalui penemuan ini juga, boleh dirumuskan bahawa rupa paras yang serupa bukan sahaja bergantung kepada genetik atau pewarisan biologi keluarga, malah kepada komunikasi sosial yang berpanjangan.
Untuk mudah faham, kita perasan tak apabila kita melihat bangsa lain, bagi kita, rupa mereka semuanya sama.
Apabila kita melihat mat saleh, kita rasa wanita atau lelaki mereka kelihatan sama sahaja di mata kita.
Atau, apabila kita melihat susuk tubuh atau wajah pak arab atau mak arab, sukar untuk kita membezakan antara satu dengan yang lain – mereka kelihatan seiras!
Begitu jugalah dengan fenomena wajah suami dan isteri! Ia adalah akibat hubungan sosial antara suami dan isteri setelah bertahun-tahun bersama.
Memang masuk akal juga jika difikirkan lagi.
Harapnya, selepas ini, jika ada yang berkata-kata tentang wajah anda yang serupa dengan pasangan, mungkin anda boleh memberikan penerangan di atas kepada mereka.
Kongsikan juga artikel ini di laman sosial anda. Pasti ada yang merasakan yang ianya menarik dan bermanfaat!




Kenapa Anak Suka Sangat Buka Peti Ais? Mama Jangan Marah Sebelum Baca Punca Habit Ini....

"Adrey...tutup peti ais tu. Kenapa asyik bukak je? Nanti habis rosak barang dalam tu!"
Anak anda yang kecil ada tak buat tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Papa dan mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai 'explore' banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.
Tetapi sebelum papa dan mama marah mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat 'explore' peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama. Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
* Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
* Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil.
* Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais.
* Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais.