Showing posts with label TIPS RUMAHTANGGA. Show all posts

Banyakkan Bersedekah Pada Isteri, Jika Mahu Rezeki Semakin Lapang dan Bertambah..

BANYAKKAN BERSEDEKAH PADA ISTERI
Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah SEDEKAH. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Si suami selalu merungut gajinya tak cukup sampai nafkah isteri pun kadang terabai.......
Hak isteri harus dijaga. 
Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri

Banyakkan bersedekah pada isteri, insya Allah rezeki suami semakin lapang dan bertambah

Oleh:Ustaz Ahmad Nasir

Doa Agar Dipertemukan Jodoh Dengan Segera..Amalkan..



Ada tiga kategori wanita single yang dikenali manusia, iaitu single bahagia, single sengsara, dan single tapi pura-pula bahagia. Jika anda single, anda termasuk kategori yang mana?

Kali ini kita akan membahas tentang wanita single sengsara. Seperti apa kesengsaraan yang dirasakan wanita single? Berikut ulasannya seperti yang dilaporkan oleh Productivemslim.

Yakin, anda tak memerlukan lelaki untuk bahagia? Anda sudah rasa bahagia hanya dengan mempunyai keluarga, sahabat, serta karier? Berhenti beranggapan seperti ini! Jika anda tak sengsara, tak akan keluar kata-kata seperti itu. Sebab, tak ada yang salah dengan keinginan mempunyai pasangan. Nabi Adam AS, pernah berada di syurga sendirian tanpa Hawa. Rasa kesepian dan tidak bahagia.



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Rum 21].

Maksud dari ayat di atas adalah bahawa di dunia ini, semua diciptakan berlawanan. Lelaki-wanita, hitam-putih, syurga-neraka, benar-salah. Hanya bayi membuat wanita rasa seperti ibu, dan hanya lelaki yang boleh membuat seseorang rasa dirinya wanita.

Kita semua memerlukan pendamping untuk menyaksikan kehidupan. Seseorang dicintai dan membuat kita rasa dicintai serta dilindungi, seseorang untuk memulakan sebuah keluarga. Ini adalah bagaimana Allah mencipta keperluan asas yang indah.

Gadis single yang mempunyai ibu bapa, teman, dan kerjaya, akan tetap rasa kosong. Kesepian adalah perasaan yang paling sukar diatasi. Hal ini beracun dan kejam, dan menyebabkan rasa-rasa takut, hilangnya identiti dan kemurungan. Sudah waktunya anda mencari pendamping!

Untuk isteri yang sering alpa sepertiku.. Dugaan paling besar adalah BERSABAR..


Setiap wanita pasti ingin bergelar isteri. Namun seringkali kita terbaca kisah kisah isteri dalam mengharungi alam perkahwinan. Ada yang manis dan ada yang pahit. 

Perkongsian dari Fauziah Hashim ini untuk para isteri semoga tabah dan dapat dijadikan iktibar buat semua.

Untuk isteri yang sering alpa sepertiku.. Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. 

Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

6 Adab Suami Isteri Di Media Sosial Yang Harus Dilakukan..


Buat pasangan yang telah berkahwin, status anda membayangkan tahap kebahagiaan dalam rumah tangga manakala bagi yang bujang, menjadi pengukur karakter peribadi oleh calon pasangan. Sebenarnya reaksi atau pergerakan seseorang di media sosial menggambarkan apa yang selalu bermain di fikirannya.

Jika anda kerap mengeluh, suka merungut atau membebel tentang sikap suami di media sosial umpamanya, ibarat memberi tanggapan bahawa runtuhnya komunikasi antara suami isteri, selain mendedahkan aib kepada dunia luar.


Untuk memastikan profil yang bersih serta mencerminkan karakter hubungan anda yang lebih baik, 6 adab ini harus dipatuhi:

1. Hapuskan foto-foto lama yang tidak relevan dengan kehidupan anda sekarang. Contohnya gambar sewaktu belum bertudung, bersama bekas teman lelaki, saat berpesta atau sebagainya. Elakkan juga bergambar dengan lelaki lain selain ahli keluarga sendiri.
2. Hati-hati memberikan Like atau Share kepada postings orang lain. Setiap perbuatan anda akan terpapar di akaun anda sendiri, termasuklah komen-komen yang dilontarkan. Tentu tidak manis jika anda dilihat berkongsi artikel tentang masalah rumah tangga, bukan? Silap hari bulan dianggap berkongsi masalah diri sendiri pula.
3. Jangan menunjukkan emosi secara berlebihan. Elakkan status-status liar atau amukan terhadap sesuatu perkara. Tidak perlu menggunakan huruf-huruf besar atau tanda seruan walaupun memaksudkannya. Jangan banyak berkias atau menyindir pasangan. Ini boleh membayangkan penyakit hati anda.
 
4. Selalu letakkan status perkahwinan yang sebenar. Jika sudah berkahwin, jangan letakkan bujang atau janda/duda pula. Anda pasti tidak mahu dipandang serong atau bagi yang bujang, seperti terdesak mencari pasangan di media sosial. Kestabilan minda anda bisa terlihat di sini.
5. Jangan berkongsi foto-foto intim dengan pasangan. Mungkin apa yang mulanya sweet boleh membuat orang meluat pula dengan gelagat anda. Simpan saja nostalgia itu di rumah. Begitu halnya dengan foto-foto anak. Tidak perlu terlalu banyak demi keselamatan si kecil dari menjadi sasaran pedofilia atau penjenayah siber.
 
6. Apabila berlaku perselisihan faham dengan pasangan, elakkan berbicara tentangnya di media sosial. Atasi masalah secara matang, bersemuka atau berbalas mesej di antara anda berdua sahaja. Jangan membiarkan pertengkaran itu dilihat oleh seluruh dunia!

RAMAI WANITA YANG STRESS DAN DITIMPA KEMURUNGAN DISEBABKAN SUAMI..


"Sayu dan sedih terasa amat simpati kerana agak ramai wanita stress dengan perangai suami masing-masing sampai ada yang ditimpa kemurungan yang berat. Terpaksa mendapat rawatan pakar psikatari. Ada yang ditimpa pelbagai penyakit. Saya kira lebih 100 orang wanita yang email menceritakan pada saya mereka ditimpa kemurungan begini sehingga masuk wad dengan sebab pelbagai penyakit. Ya Allah maafkanlah semua lelaki hari ni yang tinggalkan dakwah sehingga tak bawa isteri dekat pada Allah...ada di kalangan wanita bekerja dan juga wanita surirumah...ya Allah bantu mereka dan sembuhkan mereka.

Punca utamanya isteri ini tidak diberi perhatian oleh suami dan tidak dikasihi disayangi dibimbing dan tidak diajar dengan Islam dan Sunnah Nabi saw.. Bila ketua keluarga terlupa maksud hidup ini yang sebenarnya. Tujuan Allah hantar ke dalam dunia ini dan mula sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam keperluan hidup dan tidak mengutamakan yang utama kerana lalai atau jahil.

Isteri buat pahala tak berhenti...

Dia bekerja bantu suami yang sebenarnya kerja cari nafkah ialah suami...suami kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga...Allah beri pahala sedekah buat wanita..mereka cuba bantu suami. Ringankan beban suami kerana Allah.

Isteri mandikan dan uruskan anak-anak seorang diri..

Isteri uruskan pendaftaran sekolah anak-anak dan ajar anak-anak.
Isteri kemas rumah dan layan anak-anak..
Isteri cantik-cantik sexy nak tungu suami belai dan layan suami..
Isteri bawa anak ke klinik hospital
Isteri sakit pening tetap takde mc terus jaga anak dan uruskan rumahtangga. 

Urus semuanya tanpa cuti. Kalau robot boleh meletup. Kalau kapal terbang boleh terhempas. Ini manusia bernama wanita. Tak sempat makan, tak sempat tidur betul. Tak sempat buang air besar sempurna pun. Melayan kerenah anak dan suami.
Isteri baik dan hidupnya cuma Islam, suami dan anak-anak. Keluarga mereka jauh dan mereka tiada tempat nak luahkan. Ya Allah..


Dia buat semua sedangkan dia ada suami..

Suami sibuk tengok hp 24 jam...

Suami sibuk nak keluar malam-malam terlalu kerap macam orang bujang sedangkan anak-anak kecil. Balik 2 pagi. Balik 3 pagi..setiap hari
Suami sibuk tidur di ruang tamu sedangkan isteri dalam bilik pening sakit. Penat jaga anak yang menangis dan bergaduh..
Suami sibuk nak bersukan siang malam lepas waktu kerja. 
Suami bila sakit nak isteri khidmat dan layan dia macam raja. 
Suami bila penat berehat tak ingat dunia. Tidur sepanjang hari..
Suami bila kena tegur mengamuk, marah dan melenting.


Bukanlah kena jadi malaikat tetapi laluilah hidup ini dengan cinta dan perasaan....melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Berkhidmat dan bersama dengan cinta.

Ubatnya begini. 


Solat 2 rakaat minta pertolongan Allah. Semua masalah dalam genggaman Allah. Merayu kasih sayang dan rahmat Allah..
Sebenarnya jadi begini sebab hilang rahmat Allah..


Jaga solat awal waktu. Suami isteri sama-sama tidur awal dan bangun tahajud sama-sama..


Suami balik isya dari masjid terus balik rumah buat amalan Ta'lim dengan keluarga..


Suami kena tolong dan ringan tulang. Berebut-rebut tolong isteri di rumah..

Makan bersama isteri dan anak-anak dalam dulang. Kasih sayang.

Rajin ucap terima kaseh sayang dan pujian buat pasangan.

Jika kita boleh layan orang luar baik-baik. Ini pula isteri kita. 

Tidur bersama peluk isteri. Belai dan dengar mereka bercerita..bercinta setiap hari sampai mati.


Bawa isteri bercuti berehat berdua. Dating dan buat habis romantik. 

Bawa isteri berdakwah dan belajar iman ilmu di jalan Allah. Jika ada ruang dan kesempatan 3 bulan sekali mesti bercuti 3hari bersama isteri tanpa anak-anak. Dalam setahun mesti cuti 10 hari bersama isteri. 3 tahun sekali cuti sebulan ke dua bulan bawa isteri merantau jauh-jauh.. Baru bercinta macam giler. Bercinta sampai syurga. Belajar Islam. 

Dekatkan diri pada Allah....

Ustaz Ebit Liew

Baru Melangkah ke Alam Rumahtangga? Cuba 20 Tips Mengambil Hati Mertua untuk Jadi Menantu Kesayangan!..

Gambar sekadar hiasan.

Masih ingat lagi kali pertama berjumpa mertua?Mesti dada berdebar-debar bukan? Sekarang, itu sudah tinggal jadi kenangan. Anda kini sudah berstatus menantu. Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi. Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar. 

APAKAH TIPS MENGAMBIL HATI MERTUA DAN IPAR DUAI? 

1. ANGGUK-ANGGUK 

Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.

2. JANGAN MASUK CAMPUR

Jangan masuk campur urusan meraka, melainkan ia bertentangan dengan Islam. Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik.

3. JANGAN SAMPAI SUAMI REPORT BALIK PADA MAK DIA

Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak.

Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang besar! 

4. JANGAN BERKIRA DENGAN DUIT DAN TENAGA 

Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua. 

Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih org lain seperti pakaian kita suami dan anak-anak.Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. TUNJUK RAJIN MASAK

Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua. Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan? 

6. BANYAKKAN BERBUAL

Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja. Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi. 

7. JANGAN TUNJUK MALAS

Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama! 

8. BERIKAN HADIAH

Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua. Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan? Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati. 

9. HORMATI PRIVASI

Jangan ambil apa-apa barang di dalam rumah mertua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga jangan sukasuka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran. Jangan juga alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita. 

10. JANGAN AMBIL KESEMPATAN 

Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila.


11. CUBA BERGAUL DENGAN IPAR-DUAI

Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan. 

12. JANGAN BERKEPIT DENGAN SUAMI

Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu. 

13. BIARKAN IBU ‘CONQUER‘ ANAK

Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri. 

14. TAK PAYAH TUNJUK MANJA 

Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu! 

Buat biasa-biasa sudah.

15. OFFER MAK MERTUA DUDUK DEPAN 

Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa. 

16. BUAT-BUAT TANYA MAKANAN KEGEMARAN SUAMI

Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favourite suami dari kecil. 


17. JANGAN MARAH SUAMI DEPAN MAK MERTUA 

Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa? Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expect menantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami 

18. UCAPKAN “SYUKUR DAPAT SUAMI MACAM NI” PADA MAK MERTUA

Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukursangat-sangat dapatsuami macam ni. Inisemua kerana didikan mak”. Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Con×rm, mak mertua akan kembang. 

19. JANGAN BEREBUT SUAMI DENGAN MAK DIA 

Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.

20. INGAT BAHAWA ALLAH MAHA ADIL 

Jangan sesekali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri? Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik. 

AKHIR KATA

Sentiasalah berfkiran positif serta elakkan berprasangka buruk dalam kehidupan berumahtangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata. Kadang-kadang bersikap hipokrit demi menjaga hati dan kebaikan antara dua belah pihak lebih baik daripada terus menunjuk perangai yang tidak elok. Ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita. Semoga menjadi menantu yang disayangi oleh mertua! 

Senangkanlah Hati Isteri, Nescaya Segala Urusan Suami Akan Dipermudahkan. InshaAllah..


Bila sudah berkahwin, maka bertambahlah tanggungjawab kita sebagai suami. Jika dulu hanya untuk ibubapa tapi sekarang isteri dan anak anak yang akan lahir. Kepercayaan dan kejujuran sangat penting mengekalkan kebahagiaan.


Bagi aku simple je, isteri ni kalau sekali kau dah kantoi buat hal belakang dia, confirm kau dah tak ada muka. Bukan senang nak peroleh kembali kepercayaan isteri kau yang tersayang tu. Sedih bila hubungan masa mula kahwin dulu dah tak sama dengan sekarang, nak salahkan siapa?

Wanita ni dilahirkan memang untuk tabah. Tabah dengan pe’el dan angin kau tu. So, setabah itu dia buat derk dengan pujuk rayu kau bila dah kantoi buat hal. Dapat pujuk itu pasti, peroleh kepercayaan yang asal itu kembali adalah mustahil.

Wanita takkan lupa, sumpah takkan. Kau baik macam mana pun, kau tengok gaya dia macam dah hilang ingatan dengan perangai kau tapi percayalah, satu hari nanti hal yang kau buat itu akan diungkit balik jika kau ulang.

Kau tak boleh salahkan wanita dan isteri. Apahal kau nak salahkan diorang? Kau yang buat hal, kau yang buat perangai, kau tanggunglah. Wanita memang dicipta untuk setabah itu. Bukan berdendam tapi hati diorang sangat mahal, semahal cinta dan pengorbanan untuk kau sebagai suami dan juga anak anak.
Jangan kata kau, aku pun pernah terbuat hal. Bukan hal apa pun, cuma aku terlalu ramah. Yang perempuan pula dok fikir lain. Orang meniaga takkan sombong pula iye tak? Sebab tu aku selalu cakap, kau dan aku lelaki. Terlalu mudah untuk leka dan kita pula memang dicipta supaya mudah tertarik dengan benda terutamanya wanita, rumah dan kereta yang cantik.

Kau lelaki yang teragung jika kepercayaan itu sama seperti sebelum kau buat hal. Jagalah elok elok. Kita lelaki ni hanya akan tersedar, akan menyesal bila isteri dan anak anak dah tinggalkan kita.
Jangan tunggu sampai saat neraka tu. Jangan! Cukup 3 hari isteri tak ada kat rumah. Kau rasa sendiri, aku sehari Eleena balik rumah orang tua dia pun dah cukup. Boleh menangis bro.

Sila mention wanita bergelar isteri serta ibu kepada anak anak kau yang setiap hari kerjanya minta emas, berlian dan permata kalau ada, sampai kepala paip pun nak emas. Kalau ada lah. Sebab diorang cuma nak kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan dari kau orang sebagai suami.

Isteri tak bodoh, diorang tahu kemampuan kau sebagai suami. Diorang yakin yang satu hari nanti segala penat jerih, usaha dan pengorbanan kau akan membuahkan hasil. Ini tidak, ada duit sikit lupa diri, lupa anak bini. Mana lah ekonomi nak naik, nak bertahan lama
.
Ingat, bila kau menyenangkan hati isteri, segala urusan kau akan dipermudahkan. Macam tu jugak dengan orang tua terutamanya ibu. Jangan marah bila orang macam aku selalu sebelahkan isteri. Jangan sesekali kau lupa, isteri itu adalah wanita, wanita itu adalah ibu kepada anak anak kau seperti mana ibu kepada diri kau sendiri.

Wajib ditaati hingga hujung nyawa. Wajib diangkat martabatnya. Jangan kau rasa kau suami dan lelaki, kau berkuasa atas segalanya. Allah dah susun segalanya untuk kita hingga setiap hembusan nafas yang kau, aku dan kita semua sebagai hambaNya ini peroleh.

Suami, Banyakkan bersedekah pada isterimu, InshaAllah rezeki mu akan semakin lapang dan bertambah..


Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya, gaji beliau tidak mencukupi. Nak buat kerja part time, tiada kesempatan. Duit beliau katanya, hanya cukup-cukup untuk dirinya sahaja.

Mujur isterinya bekerja dan isteri beliau yang banyak membantu. Dia punya semput, sampaikan duit nafkah isteri pun tak bagi. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri juga dinafikan.

Menabung itu penting, tetapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting. Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki. 

Nabi SAW bersabda;

"Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu." (HR. Bukhari-Muslim)

Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya untuk wang dapur. InshaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang. 

Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri kita dulu. Bila sudah selesai urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau tak ada kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela dibelanja. 

Suami Itu Ibarat Ladang Pahala Buat Isteri..

No automatic alt text available.Suami Itu Ibarat Ladang Pahala Buat Isteri|Kalian yang bernama isteri, pernah tak kalian sedar tentang pengorbanan dan kasih sayang seorang suami kepada kita? Kita sebagai isteri selalu rasa kita jelah yang berkorban, kita jelah yang tunjuk rasa cinta dan sayang. Tapi kita tak sedar, sebenarnya suami kita pun berkorban. Suami kita pun tunjuk rasa sayang dan cinta dia. Cuma cara mereka tunjuk berbeza.
Semuanya bermula bila aku sengaja mengusik suami aku tentang hari jadi aku dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku sengaja usik “Abang, teringin nak tu. Teringin nak ni”. Sedangkan aku takde lah nak sangat barang yang diidamkan tu.
Masa tu aku tengah duduk atas katil. Tetiba suami aku tundukkan lutut dia depan aku kemudian genggam tangan aku “Kalau lah abang banyak duit, macam-macam abang nak bagi pada sayang. Dalam keadaan sekarang, apalah agaknya abang boleh bagi sayang hadiah ye..hmm..” Lepas tu dia usap rambut dan pipi aku.
Masa tu terus aku rasa macam serba salah dan berdosa dengan suami aku. Aku rasa macam dah bebankan dia untuk fikirkan apa nak bagi untuk hari jadi aku. Terus aku menangis depan dia (ye aku emotional dan aku senang tersentuh). Terus aku mintak maaf sebab aku betul2 takde niat. Aku faham keadaan duit sekarang tak berapa nak memberangsangkan. Kami baru pindah rumah sewa. Dia pun sekarang tengah berusaha cari kerja yang lebih bagus. Lepas aku mintak maaf dia terus senyum dan peluk aku untuk tenangkan aku semula.
Aku lupa bahawa ‘suami’ aku ini lah hadiah paling tak bernilai yang aku dapat.
Kepada isteri semua, hargai dan kasihi suami kalian. Berapa ramai perempuan single di luar sana yang masih mencari calon pasangan. Andai sahaja kalian tahu mempunyai suami itu juga satu rezeki. Aku ada baca post dari Wardina Safiyyah di FB, “mempunyai pasangan itu juga satu rezeki. Mencintai dan dicintai juga satu rezeki”. Maha Suci Allah, betapa kita leka dan alpa dengan nikmat yang satu ini.
Aku sedar kekurangan aku sebagai seorang isteri. Sejak kahwin, aku tak nafikan selera makan aku lain macam. Aku nak KFC, Sushi King, Secret Recipe dan percaya atau tidak, dia sentiasa kabulkan walaupun aku selalu je masak kat rumah. Nampak tak kuat makan nya aku ni. Dia kata dia suka tengok aku makan. Setiap kali kalau makan sama-sama dia mesti akan cakap “Makan banyak-banyak. Jangan fikir abang”. Tapi aku tetap suapkan jugak makanan ke mulut dia. Mana boleh aku tak fikir pasal suami aku? Tentu lah aku nak kongsi sama makanan dengan dia.
Suami itu ibarat LADANG PAHALA buat seorang isteri. Maka gunakan lah peluang itu sebaiknya. Lelaki sangat suka dihormati. Maka sentiasa lah senyum depan mereka, maniskan mulut. Sentiasa lah ramah tanya nak makan/minum ke walaupun mungkin sebenarnya suami korang tak berapa lapar/dahaga. Paling penting, lepas solat (isyak misalnya) ciumlah tangan suami dan minta maaf pada dia. Aku selalu praktik kan mintak maaf sebelum tidur. Tak perlu lah tunggu hari raya baru nak mintak maaf. Turun kan ego. Aku perasan suami aku akan senyum gembira je everytime aku mintak maaf pada dia. Aku dapat rasa dia suka dihormati. Bila suami rasa dihormati, dia akan tunjukkan rasa sayang pada kita. In return, kita akan rasa disayangi.
Wahai isteri, apabila kau bangun tidur dan kalau lihat suami kau sedang lena di sisi maka panjatkan lah kesyukuran setingginya pada Allah. Berapa ramai isteri di luar sana yang tidur bersebelahkan ruang katil yang kosong? Berapa ramai yang rindukan kehangatan pelukan dan ciuman suami tapi tak mampu merasai semua itu hanya kerana Allah lebih sayangkan suami mereka? Aku baca banyak kisah seorang isteri kehilangan suami akibat kemalangan, kecelakaan dan paling menyedihkan, para isteri itu sedang menghitung hari melahirkan zuriat mereka.
Sorry kalau aku kedengaran emosi. Aku cuma mengharapkan isteri sekarang lebih menghargai suami mereka dan tolong lah mengerti bahawa suami itu lah asbab kalian ke syurga atau ke neraka. Perempuan senang masuk syurga, tapi at the same time perempuan juga lah paling banyak dalam neraka. Ambil yang baik dan semoga kita menjadi isteri yang solehah.. inshaa Allah aamin.
Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan,
Ketika kita buntu dia penunjuk jalan..

Terima kasih IIUM Confession kerana sudi siarkan luahan aku. Moga jadi iktibar buat semua, terutama mereka yang bergelar isteri.

– Puteri (IIUM Confession)

ELAKKAN DARI MENJADI ISTERI YANG NUSYUZ..

No automatic alt text available.

Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Ikatan suci yang terbina seharusnya dipelihara dengan sebaik yang mungkin supaya dilimpahi rahmat Allah serta kasih sayang akan terjalin antara suami isteri tersebut. Apabila terbitnya ikatan perkahwinan ini, maka akan terbitlah juga satu bentuk hubungan yang perlu dijaga oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi isteri. Jika isteri tidak menjaga hubungannya dengan suami, dia akan keluar daripada mentaati suaminya atau nusyuz.

Ubadah Bin Somit r.a berkata :

"Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku', maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi menjawab: 'Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.."
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Perkara-perkara Mengakibatkan Isteri Nusyuz:

1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suami.

Apabila isteri ingin keluar dari rumah sama ada hendak keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja, hendaklah meminta izin daripada suami. Namun, beberapa hal yang boleh dikecualikan seperti isteri pergi bertemu dengan pegawai agama untuk menuntut hak, dan isteri pergi mencari nafkah apabila suami tidak mampu mencari nafkah untuknya. Selain itu, jika isteri meminta keizinan suaminya untuk bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya atau menziarahi jenazah ibu atau bapanya, suami juga berhak untuk tidak mengizinkannya. Namun, dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik jika suami mengizinkannya.

2. Enggan mengikut suami berpindah.

Jika suami telah ditugaskan ke tempat lain dan memaksanya untuk berpindah, maka isteri juga wajib mengikutinya. Jika isteri gagal berbuat demikian, maka akan jatuh nusyuz padanya. Namun, isteri boleh untuk tidak mengikut suami jika isteri mengalami keuzuran, sakit, negeri yang bakal dituju itu tidak aman, ataupun dilanda wabak penyakit seperti taun.

3. Tidak membuka pintu untuk suami..

Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu untuk suami masuk ke dalam rumah atau dalam bilik dengan tujuan untuk melarang suami masuk.

4. Tidak menyerahkan diri pada suami.

Walaupun maksudnya remeh, namun ia berdosa besar. Jika seorang isteri tanpa sebarang kesakitan atau keluar haid ketika suami berhajat dengannya, sangat berdosa isteri tersebut kerana telah menolak keinginan suaminya. Seperti hadis riwayat al-bukhari yang bermaksud: 'Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.'

5. Tidak mengendahkan panggilan suami.

Walaupun sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, namun apabila suami memanggil isteri, isteri hendaklah segera mendapatkan suami dan bukan mengendahkannya. Suami menjadi keutamaan isteri walaupun sibuk bekerja.

Wahai bakal isteri... Tahukah Anda?

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.

2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.

4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.

6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.

7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukai.

8. Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.

9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.

4 Tips Untuk Ibu Bapa Apabila Berhadapan Dengan Anak Yang Bermasaalah..


No automatic alt text available.

Membesarkan anak adalah tugas bersama ibu dan bapa, juga menerusi bantuan daripada sekolah, guru, rakan, dan persekitaran. Jadi tugas ini bukanlah satu tugasan yang perlu dipandang enteng.

Untuk ibu bapa pula, kita seharusnya menjadi tauladan buat anak-anak, tunjukkan nilai, perilaku, juga emosi yang baik kepada anak-anak, kerana mereka juga belajar melalui apa yang mereka lihat.

Tapi, jika anak-anak buat perangai, atau menghadapi masalah, tindakan yang sebagaimanakah yang ditunjukkan oleh ibu bapa? Menurut perkongsian dari laman Parent Connect, terdapat 4 kategori ibu bapa apabila berhadapan dengan anak yang bermasalah, apakah ia?

Mari kita ikuti perkongsian darinya.



KBAT* BUKANNYA SEBAT

Setiap tingkah laku anak adalah satu bentuk komunikasi yang tidak atau tidak dapat diluahkan dengan perkataan oleh anak.


Bila anak buat perangai, tidak kiralah anak kecil atau remaja, mereka ingin memberitahu bahawa mereka ada masalah.

Masalah anak kecil mungkin mengantuk, lapar, tidak selesa, letih, kecewa dan sebagainya.Masalah anak remaja mungkin berkaitan dengan kawan, homework, sekolah, persekitaran, keyakinan diri dan sebagainya.

ANAK ANAK INI ADA MASALAH

Ada 4 kategori ibubapa apabila berhadapan dengan anak yang ada masalah ini.

Image result for rotan anak

1) Ibu Bapa Yang Menghukum Apabila Anak Ada Masalah 

Ibubapa ini hanyalah ingin mendiamkan anak dan menghentikan perbuatan anak sedangkan masalah anak tidak juga selesai.Anak tidak belajar skil penyelesaian masalah. Apa yang anak pelajari? Anak belajar untuk tidak percaya kepada ibubapa - dia mencari sesiapa saja yang faham dan dapat membantu. Dalam dunia digital sekarang ini, ramai syaitan bertopeng manusia yang online. Bagi remaja, dia keluar mencari kawan yang faham.
Anak juga belajar bahawa masalah dan konflik mesti diselesaikan dengan keganasan.


2) Ibu Bapa Yang Melihat Anak Ini Sebagai Masalah 

Ibubapa ini selalunya merasa kecewa dan marah dengan anak dan juga diri sendiri. Mereka akan bertindak seperti ibubapa yang pertama tadi dan kesannya kepada anak-anak juga sama seperti yang pertama tersebut.
Masalah yang dihadapi oleh anak tidak diselesaikan. Apa yang anak pelajari? Dirinya hanya menyusahkan ibubapa dan dia tiada nilai dalam keluarga.


3) Ibu Bapa Yang Selesaikan Masalah Untuk Anak 

Ibubapa ini juga hanya mahu diamkan anak dan menghentikan perbuatan anak. Ibubapa ini selalunya merasuah (bribe) anak dengan apa saja asalkan anak tidak buat perangai.Contohnya: "OK OK mama belikan aiskrim, jangan kacau. " / “Nah gajet, jangan bising-bising dah.”Sedangkan masalah anak tiada kena mengena dengan aiskrim ataupun gajet pun.Masalah anak tidak juga selesai dan anak tidak belajar untuk menyelesaikan masalah. Apa yang anak pelajari? Apabila buat perangai, dia dapat ‘reward’. 'Best'nya!.

4) Ibu Bapa Yang Bantu Anak Selesaikan Masalah

Ibubapa ini akan cuba lihat dan dengar apa keperluan anak yang tidak mencukupi dan apakah masalah yang menyebabkan anak buat perangai. Tidak cukup makankah? Letihkah? Kena bulikah? Kecewa dengan subjek matematik kah? Ibubapa sibuk sangatkah?


Ibubapa akan marah dan fokus pada PERBUATAN anak.
Contohnya: Jika anak berbohong, kenapa dia berbohong? Takut kena marahkah? Hendak lindungi kawan baik kah? Supaya dia dapat apa yang dia mahukah? Supaya ibubapa tumpu perhatian kepada dia dan bukan adik sahajakah? Apabila faham masalah yang dihadapi, ibubapa ini juga cuba selami perasaan anak kerana anak pun manusia yang ada perasaan. Ini akan disusuli dengan slot penyelesaian masalah. 

Apa yang sepatutnya dilakukan dalam situasi begini? Jika berlaku lagi apa yang harus dibuat? Apakah kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat (ini sesuai untuk 10 tahun ke atas, bukan anak 4 tahun).Idea datangnya daripada anak, dengan bimbingan ibubapa.
Setiap masalah yang anak hadapi adalah peluang untuk ibubapa dan juga guru untuk mendekati anak dan bantu anak dengan teknik penyelesaian masalah. 

Kemampuan penyelesaian masalah bukan hanya hak milik mereka yang pandai akademik sahaja. Ia adalah hak semua untuk mempelajari dan memiliki kemahiran tersebut dan menggunakannya dalam kehidupan seharian juga.

"YOU CAN'T TEACH CHILDREN TO BEHAVE BETTER BY MAKING THEM FEEL WORSE. WHEN CHILDREN FEEL BETTER THEY BEHAVE BETTER" - Pam Lee.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

*KBAT - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.