Padam Gambar di Instagram, Lindsay Lohan Peluk Islam?



Lindsay Lohan  sebelum ini seringkali dikaitkan dengan berita memeluk Islam setelah banyak kali memberi isyarat yang dia sedang mendalami agama Islam.


Lindsay dilihat bersiar-siar dengan mengendong senaskah Al-Quran selepas perbicaraan beliau atas kesalahan memandu di Brooklyn. Dia juga dikatakan berkongsi cerita sedang mempelajari bahasa Arab menerusi akaun Twitternya.

Perubahan demi perubahan dilihat dari Lindsay apabila dilihat di antara selebriti yang kurang kontroversi malah pernah menjalani misi kemanusiaan di Syria.

Dua tiga hari ini, Lindsay mengejutkan peminatnya apabila memadam kesemua gambar di instagram dengan menulis caption 'Alaikum Salam' di instagramnya. 

Ekoran itu, pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang mempersoalkan sama ada dia sudah memeluk islam.



Apapun, semoga beliau dibuka kan hati untuk terus dekat dengan Islam. InsyaAllah.



Share on Google Plus

0 comments: