Viral Dituduh Menipu OKU.. inilah Ugutan Yang Buat Wanita Ini Takut Untuk Keluar Rumah



Johor Bahru - Seorang wanita yang rabun teruk di mana baru baru ini viral apabila dikatakan menipu sebagai buta mendakwa kini ketakutan untuk menjual tisu sebagai pendapatan apabila menerima pelbagai kecaman dan juga ugutan.


Menurut wanita terbabit yang berumur 42 tahun, kini beliau takut untuk keluar rumah selepas menerima pelbagai ancaman termasuk ada yang magu mencungkil matanya selepas tersebarnya video dia memasukkan sejumlah besar wang penjualan tisu di atm. 


''Selepas video saya jadi viral, saya jadi takut sebab ada yang nak cucuk mata saya''

Beliau yang juga merupakan OKU tahap rabun teruk menafikan dakwaan menipu menjadi buta dan meraih pendapatan besar dengan menjual tisu. 


Laporan polis juga telah dibuat ekoran tersebarnya video tersebut. 

Share on Google Plus

0 comments: