Peniaga Tergamam Ayam Miliknya Menghasilkan Telur Bersaiz Syiling 10 Sen



Sepang: Seekor ayam menjadi sensasi apabila menghasilkan sebiji telur bersaiz syiling 10 sen. Pemilik ayam tersebut, Fendi Baharudin 45, berkata, ayam miliknya itu yang dikenali dengan nama Che Mek mengeluarkan 2 biji telur yang kecil malah lebih kecil dari telur puyuh. Che Mek merupakan ayam hutan kacuk ayam kampung. 

Fendi juga berhasrat untuk membawa telur ayam nya itu ke makmal untuk membuat kajian bagaimana telur itu boleh menjadi kecil daripada saiz biasa. 

Sehingga kini, kedua telur itu dijaga dengan rapi kerana sangat sensitif dan mudah untuk pecah. 

Katanya menerusi harian metro, dia membela haiwan itu sebagai hobi untuk isi masa lapang dan tidak berhasrat untuk menjual telur ayam berkenaan. Sejak menjinakkan diri dalam ternakan ayam, ini merupakan kali pertama Fendi melihat telur sekecil syiling 10 sen. 

Share on Google Plus

0 comments: