Akim-Stacy Dapat Anak Perempuan


Akim Ahmad telah melahirkan rasa syukur dan terujanya apabila isterinya, Stacy, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Sekeping gambar kaki bayi yang dipegangnya telah dimuat naik di akaun instagram beliau dengan kapsyen, "17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua."

Sementara itu Stacy juga telah dilihat memuat naik gambar yang sama di akaun rasmi beliau di Facebook dengan kapsyen, "Jam 17:17, hari ini 17.02.2017, di petang Jumaat, penghulu segala hari, Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua. Welcome baby girl!"




Kami mengucapkan tahniah kepada Akim dan Stacy..nampaknya Bella dah punya adik perempuan yang boleh diajak bermain lepas ni!


Kredit sumber: Instagram Akimahmad  dan Facebook Page Stacy Angie
Share on Google Plus

0 comments: