Megadeth Bakal Gegarkan Stadium Negara 4 Mei 2017 ini !!!


Kumpulah Trash Metal yang terkenal di era 80'an, Megadeth, bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia! Konsert anjuran IME Malaysia, "Megadeth Live In Malaysia" bakal menggegarkan Stadium Negara pada jam 8 malam 4 Mei 2017.





Megadeth juga berjaya merangkul Anugerah "Best Metal Performance" di Anugerah Grammy baru-baru ini.

“Kuala Lumpur adalah tempat yang kami sentiasa mahu membuat persembahan apabila kami menjelajah Asia,” demikian kenyataan pengasas bersama dan juga ketua kumpulan berkenaan, Dave Mustaine yang dipetik dalam satu temubual baru-baru ini.

“Mereka akan membenarkan kami membawa jenama muzik thrash kami ke sana dan ia adalah sesuatu yang tidak wajar dilepaskan,”katanya.

Siri jelajah ini adalah bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album baharu. Ini juga adalah album kelima belas daripada mereka.
Pengkritik muzik rock dan peminat memuji album Dystopia dan menyifatkannya sebagai hasil paling berjaya daripada salah satu band yang paling sinonim dengan genre muzik berkenaan.
Album tersebut mendapat pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017. Dengan jumlah 49,000 unit yang dijual dalam masa satu minggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber.





Tiket untuk menyaksikan Megadeth Live di Malaysia berharga RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) boleh didapati menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603- 92228811. Peminat Megadeth just dapat membeli tiket dari outlet tertentu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang). Tiket akan mula dijual pada 10 Feb 2017 mulai jam 11 pagi. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.
Share on Google Plus

0 comments: