Elaun Khas Untuk Isteri Cantikkan Diri..Sanggupkah Suami Beri?..


Sanggupkah suami beri elaun khas untuk isteri cantikkan diri? Persoalan yang ditujukan kepada para suami? Ada mungkin yang tak sanggup, terutamanya apabila kewangan yang hanya cukup-cukup makan, Jadi kita sebagai para isteri wajarlah memahami kewangan dan ekonomi para suami. Jika suami kewangan dan ekonomi suami kukuh, seharusnya suami memberi elaun kepada isteri untuk mencantikkan diri. Kalau cantik pun, untuk para suami jugak.


Ada fakta yang menyatakan, para isteri lebih nampak berumur daripada usia asal selepas berumahtangga dan melahirkan anak. Ini kerana hormon yang tidak stabil, kekurangan waktu tidur, waktu rehat serta kerja-kerja yang banyak dalam menguruskan rumahtangga . Sehinggakan diri sendiri tidak sempat diurus. Mau taknya, zaman single mingle dulu, ada masa untuk touch up wajah, badan, tapi selepas beranak pinak, nak mandi pun lama-lama anak dah ketuk pintu sambil menangis melalak. Jadi mandi pon ala kadar, tak pon tunggu suami balik baru boleh mandi dengan aman. Dengan keaadaan mata panda, rambut toncang macam maid,


"Me Time"

Para isteri juga memerlukan 'Me time' untuk memanjakan diri, berilah peluang kepada mereka untuk ke Spa atau sebagainya.

Dan adalah sebagai bonus jika isteri bekerja, mereka mempunyai pendapatan sendiri untuk membeli barangan kecantikan tanpa mengharapkan poket suami,.

Dan inilah peranan suami dalam membantu para isteri untuk lebih tampak anggun dan cantik. Jika berkemampuan, belilah supplement pada isteri untuk tenaga, kecantikan isteri. Bukan orang lain, isteri kita jugak kan?

Share on Google Plus

0 comments: