Doa Agar Dipertemukan Jodoh Dengan Segera..Amalkan..



Ada tiga kategori wanita single yang dikenali manusia, iaitu single bahagia, single sengsara, dan single tapi pura-pula bahagia. Jika anda single, anda termasuk kategori yang mana?

Kali ini kita akan membahas tentang wanita single sengsara. Seperti apa kesengsaraan yang dirasakan wanita single? Berikut ulasannya seperti yang dilaporkan oleh Productivemslim.

Yakin, anda tak memerlukan lelaki untuk bahagia? Anda sudah rasa bahagia hanya dengan mempunyai keluarga, sahabat, serta karier? Berhenti beranggapan seperti ini! Jika anda tak sengsara, tak akan keluar kata-kata seperti itu. Sebab, tak ada yang salah dengan keinginan mempunyai pasangan. Nabi Adam AS, pernah berada di syurga sendirian tanpa Hawa. Rasa kesepian dan tidak bahagia.



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Rum 21].

Maksud dari ayat di atas adalah bahawa di dunia ini, semua diciptakan berlawanan. Lelaki-wanita, hitam-putih, syurga-neraka, benar-salah. Hanya bayi membuat wanita rasa seperti ibu, dan hanya lelaki yang boleh membuat seseorang rasa dirinya wanita.

Kita semua memerlukan pendamping untuk menyaksikan kehidupan. Seseorang dicintai dan membuat kita rasa dicintai serta dilindungi, seseorang untuk memulakan sebuah keluarga. Ini adalah bagaimana Allah mencipta keperluan asas yang indah.

Gadis single yang mempunyai ibu bapa, teman, dan kerjaya, akan tetap rasa kosong. Kesepian adalah perasaan yang paling sukar diatasi. Hal ini beracun dan kejam, dan menyebabkan rasa-rasa takut, hilangnya identiti dan kemurungan. Sudah waktunya anda mencari pendamping!

"Anak Tanya Kenapa Allah Suruh Solat Banyak-Banyak?" Ini Jawapannya..

Image may contain: 2 people, people standing, child and indoor

Penjelasan Terbaik Jika Anak Anda Persoalkan Isu Solat.

Assalamualaikum, Mama Lana Luqman dibanjiri message inbox dengan soalan bagaimana mendidik anak solat. Sejujurnya saya juga melalui proses kaedah cuba jaya di mana selalunya gagal belaka. Bukan sahaja bab solat, mendidik anak special mahupun anak typical memanglah kena menggunakan kaedah yang berbeza-beza.lain anak lain ragamnya kan? 

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Syahirah Omar Akademi Fitrah.

Image may contain: 2 people, people sitting

SOLAT 

1. Saya akui saya juga dulu agak tidak mengambil berat tentang ketepatan masa untuk solat. Solat bila akhir waktu, solat bila semua kerja dah selesai, solat bila anak-anak dah tidur. Saya mencari-cari waktu setelah semua kerja selesai. 

Tetapi sebenarnya saya selalu terlupa dengan solatlah tempat kita meminta pada Allah supaya memudahkan segala urusan kita. Jadi, tips yang pertama, mama dan ayah kena solat on time atau secepat mungkin sambil mengajak anak-anak. 

"Okay kemas semua mainan, Jom kita wudhu dan solat," 

TAWAR MENAWAR 

2. Biasalah, drama-drama anak ini bermacam-macam. Ada angin dia asyik tanya, 

"Kenapa sampai 4? Kenapa tak 3? Kenapa tak 2? Saya letih hari ini mama," 

Selalu mereka akan cuba tawar menawar tetapi hukum Allah tetaplah kena bertegas. 4 means 4. Kau tergolek pun mama minta 4. Main-main waktu solat pun akan diberi hukuman. Ini tips untuk anak-anak yang 5 tahun ke atas. Yang masih baby, saya rasa ajaklah bersama letak di sebelah. Anak memang akan belajar dari apa pemerhatian mereka. Tutup segala TV dan simpan segala gadget. 

Image may contain: 1 person, child

"MAMA, KENAPA KITA KENA SOLAT BANYAK-BANYAK NI?" 

3. Soalan ini kerap sangat anak typical saya tanya. 

"Sebab Allah suruh bukan mama suruh," 

"Kenapa Allah suruh solat banyak-banyak? Luqman penat sangatlah 4 keraat," soal Luqman. 


"Rakaat, bukan keraat. Sebab Allah kata kalau nak masuk syurga kena solat. Siapa tak solat nanti masuk api neraka. Luqman nak masuk mana?" 


"Luqman nak masuk syurga. Tapi kenapa kena solat banyak dan sama saja selalu?" soal Luqman lagi. 


"Sebab nak cakap terima kasih Allah. Kalau mama bagi Luqman toys, Luqman cakap thank you kan? ALLAH bagi Luqman bangun sihat pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, bermain dengan kawan--kawan. Luqman makan mama masak yellow soup, semua itu Allah yang bagi. Jadi kena say thank you pada Allah," jelas saya padanya. 

Sebenarnya, setiap hari dia bertanya. Bukan hari ini saja, esok, lusa dan bulan depan. Jawab dengan sabar dan jawapan janganlah berubah teruk sangat. Terus sebut sahaja yang ini adalah perintah Allah. 

GANJARAN 

4. Sekali sekala ganjaran sangat penting untuk memberi motivasi kepada anak-anak agar berlumba-lumba membuat kebaikan. Antara hadiah yang diberi contohnya penggunaan handphone mama (kecuali Facebook) untuk 10 minit, penggunaan laptop selama 10 minit, makanan kegemaran atau mainan Lego RM5. 

Alah, kita dulu pun kena bagi aiskrim Malaysia sebagai upah, barulah berlumba-lumba nak pergi kedai belikan mak bawang 10 biji kan? Lebih kurang samalah. 

Selalu bawa anak ke masjid pada waktu-waktu kurang jemaah pada permulaan. Waktu dhuha, waktu selepas solat fardhu. Kemudian bila sudah terbiasa, maka mereka juga akan terbiasa. Boleh cuba bawa mereka solat maghrib di masjid bersama. Pastikan mereka duduk di sebelah . 

Selesai solat, tarik anak duduk depan kita bagi anak yang masih kecil, jangan biarkan mereka menganggu jemaah yang lain. Setakat ini, itu sajalah perkongsian saya. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang lain. InshaAllah.

Image may contain: 1 person, child

7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan..


Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya tapak tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.

1 Sindrom Carpal Tunnel.


Sindrom Carpal Tunnel boleh di diagnos daripada ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang, hingga menyebabkan pergelangan tangan membengkak.

2 Keletihan

Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang berada di tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak tangan.

3 Masalah Tulang Belakang


Masalah tulang belakang dikaitkan dengan jari manis dan jari anak. Ini disebabkan oleh tekanan yang kuat pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.

4 Kurang Vitamin.


Apabila badan kekurangan vitamin, denyutan dapat dirasai pada jari tangan sebelah kiri atau pada jari kaki sebelah kiri. Ini terjadi apabila badan kekurangan vitamin E, B1, B6 dan B12.

5 Penyakit Buerger


Penyakit ini sering terjadi pada perokok tegar. Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya menyebabkan kurangnya mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas pada kari.

6 Masalah Aliran Darah Dalam Badan.


Jika anda mengalami rasa kebas pada bahagian kanan tapak tangan, ia mungkin disebabkan tekanan yang dialami oleh permukaan urat saraf. Sesetengah penyakit kardiovaskular lain juga akan menyebabkan rasa kebas pada bahagian ini.

7 Diabetes


Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa denyutan pada beberapa bahagian ditapak tangan sebelah kiri. Ini terjadi disebabkan kurangnya aliran darah pada beberapa bahagian badan, menyebabkan kerosakkan pada hujung saraf. Walau apa pun, segeralah berjumpa dengan pakar dan doktor bagi mendapatkan rawatan segera.



Sumber:
Bright Side
NIH
Mayo Clinic
Mayo Clinic

Ketahui 10 Tanda Awal Penyakit Kencing Manis Yang Telah Menyerang Tubuh Badan..



Amalan pemakanan yang manis atau tinggi kadar gula menyebabkan baik lelaki mahu pun wanita berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes atau kencing manis.

Namun tak ramai tahu simptom atau tanda-tanda penyakit kencing manis pada wanita berbeza sedikit dengan lelaki. 10 tanda ini antara yang dialami oleh pesakit kencing manis wanita. Sila awasi!

1. Jangkitan kulat
Jangkitan kulat yang sinonim dengan pesakit kencing manis wanita adalah Candida albicans. Ia penyebab kepada masalah keputihan yang sering dialami wanita.

Jangkitan kulat lain juga boleh berlaku pada bahagian badan lain seperti ulser pada mulut, celah jari kaki mahu pun kuku.

2. Jangkitan salur kencing
Sakit ketika hendak buang air kecil disertai rasa panas adalah antara yang dirasai oleh wanita yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing.
Salah satu punca jangkitan ini adalah kesan dari kadar glukosa tubuh yang tidak teratur.  

3. PCOS
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), masalah kesihatan wanita yang terjadi akibat gangguan keseimbangan hormon. Ia boleh menjadi indikasi kepada penyakit diabetes.
Kebanyakan pesakit ini turut menghadapi masalah berat badan yang seringkali dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

4. Disfungsi seksual
Tidak bernafsu untuk melayan suami sejak akhir- akhir ini? Salah satu gejala kencing manis manis adalah penurunan nafsu atau ghairah untuk seks. 

5. Sering lapar dan haus
Kadar gula darah yang tinggi boleh menyebabkan anda lebih cepat rasa lapar dan haus. Jika anda berasa perkara ini dalam tempoh yang lama sila dapatkan pemeriksaan doktor.

6. Kerap buang air kecil
Tanda biasa pesakit diabetes yang dialami wanita dan juga lelaki adalah kerap buang air kecil.

7. Penyakit kulit
Sering mengalami penyakit kulit termasuklah gatal-gatal selain berasa kebas pada bahagian tangan dan kaki. Pesakit kencing manis memang kerap berdepan masalah penyakit kulit.

8. Berat badan turun
Walaupun kerap makan tapi wanita yang mengalami penyakit kencing manis akan tetap mengalami penurunan berat badan. Ada juga yang turut mengalami penambahan berat badan.

9. Mudah penat
Penyakit kencing manis juga menyebabkan anda mudah penat walau pun tidak melakukan kerja berat, pandangan kabur dan rasa mual. Awas jika situasi ini sering anda rasai.

10. Luka lambat sembuh
Satu keluhan yang biasa didengar dari pesakit kencing manis adalah luka yang dialami akan mengambil masa untuk sembuh. Jika ini berlaku pada anda setiap kali luka, sila dapatkan pemeriksaan.


Dapatkan pemeriksaan jika kebanyakan simptom di atas sudah anda alami untuk kepastian tentang penyakit ini.

Sumber : www.idiva.com

Kejam! Marah isteri tak masak nasi, suami tendang anak sampai mati..


UTARA SUMATERA, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam pertengkaran kedua-dua ibu bapanya, lapor Sumut Pos.

Dalam kejadian jam 7 petang, Khamis, di rumah mereka di Bandar Batubara, Daerah Tanjung Tiram, mangsa, Muhammad Ramadhan, 2, maut selepas ditendang bapanya, Indra, 24, sehingga terpelanting dalam jarak satu meter lebih.

Ketika kejadian, Indra dikatakan berang mendengar suara tangisan anaknya lalu memarahi isterinya, Maryamah, 23, yang akhirnya mencetuskan pertengkaran antara pasangan berkenaan.


Gagal mengawal kemarahan, Indra melepaskan kemarahannya pada anak pertama, Muhammad Zairi, 3, dengan menendangnya sehingga terjatuh ke lantai dan mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri. Kejadian itu menyebabkan Muhammad Ramadhan ketakutan lalu menangis.

Mendengar tangisan Ramadhan, Indra menjadi semakin berang lalu menendang anak bongsunya itu dengan kaki kanan. Tendangannya itu terkena pada rusuk kiri mangsa membuatkan mangsa terpelanting sejauh satu meter, sebelum badannya kejang dan tidak sedarkan diri.

Melihat mangsa sudah tidak sedarkan diri, Indra terus panik dan memanggil isterinya untuk cuba membangunkan mangsa. Bagaimanapun, mangsa tetap tidak memberikan sebarang respon.

Pasangan itu kemudian menjerit meminta tolong. Jiran-jiran yang terdengar suara jeritan itu terus datang ke rumah pasangan itu dan ada yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.

Ketua Polis Bandar Batubara, AKBP Dedy Indriyantok, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Setelah mendapat laporan itu, kita terus pergi ke tempat kejadian dan menahan suspek. Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan menyerah dirinya. Kita sedang menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah itu dipengaruhi dadah ataupun tidak.

"Pertengkaran pasangan itu mengakibatkan anak bongsu mereka meninggal dunia yang difahamkan berpunca dari suspek yang sebelum itu mahu makan. Tetapi tiada nasi di rumahnya. 

"Suspek akan didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun (maksima)," katanya.

Menurut pihak keluarga mangsa, suspek tidak berniat untuk melakukan perbuatan itu sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa anak kandungnya sendiri.

"Sudah pasti ayahnya tiada niat untuk melakukan perbuatan itu kerana sebelum ini dia sempat bersihkan anaknya yang buat air besar," kata lelaki yang enggan didedahkan namanya itu.

Pihak keluarga juga kesal, polis terlalu cepat dalam mengambil keputusan untuk menahan bapa mangsa.

"Pihak keluarga sudah memohon agar polis biarkan ayahnya melihat anaknya dikebumikan dulu atau sehingga proses pengebumian selesai. Tetapi permohonan kami tidak diendahkan dan memberikan alasan menahan suspek demi keselamatan.

"Selama ini ayahnya baik. Ketika kejadian, ayah mangsa baru saja selesai solat maghrib dan terdengar anaknya menangis. Dia kesal isterinya tidak mampu menjaga anaknya ketika dia sedang bersolat dan akhirnya dia melepaskan kemarahannya itu kepada anak dan menendangnya sehingga tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia," jelasnya.-PenMerahPress-

"Bulan Ni Gaji Saya RM900 Je Sayang"



Saat aku menulis di page ni, suami yang tercinta sedang nyenyak tidur. Aku perati kan aje suami aku. Banyak yang dia dah berkorban untuk aku. Untuk aku dan bayi pertama kami. 

Dia nampak penat sangat. Mana tak nya, dia lah breadwinner dalam keluarga kecil kami. Aku dibuang kerja dulu masa mengandung, tapi aku ada buat bisnes kecil-kecilan dari rumah. Dapat lah tolong suami sikit sebanyak bila dia tak cukup.

Suami aku, bukan saja tenaga yang dia korbankan. Tapi masa, wang ringgit dia yang tak seberapa ada tu pun dia korbankan untuk aku dan anak. 

Aku jatuh sakit dan dia lah yang banyak mengorbankan segala yang dia ada untuk tengok aku pulih semula. 

Baru-baru ni, dia tertunggu tunggu gaji dia, setiap jam log in log out account cimb clicks dia. Bila gaji finally masuk, aku tengok dia tergamam depan skrin handphone.

“RM900 je gaji saya bulan ni syg” Katanya perlahan. Baru teringat yang bulan lepas, dia banyak ambil cuti untuk menjaga anak kami, dan aku yang tengah sakit. 

Sebak aku tengok muka dia aku tak dapat nak describe macam mana, bergenang air mata tapi aku tahan kan aje. Nasib dia masih pandang ke skrin handphone dia, kalau dia tengok muka aku mesti dia cakap “Jangan risau”. Dalam 15 minit lepas tu, aku tengok mulut dia ada terkumat kamit.

“Alhamdulillah” dia kata, sambil sapu tangan ke muka. Lepas tu dia pandang muka aku, senyum kelat. 

Katanya padaku, “Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya ada gaji. Tapi macam mana saya nak bayar duit kereta dengan duit rumah ni eh?”

Aku sedih. Aku sedih sebab aku tak ada jawapan. Aku hanya mampu usahakan dengan bisnes kecil-kecilan aku ni untuk bantu dia. 

Aku ada apply jobs through jobstreet memandangkan aku dah bersalin, dan dah habis pantang. Tapi belum sihat sepenuhnya. 

Mungkin belum rezeki aku, baru satu dua company yang reply tapi belum panggil interview. Mudah-mudahan ada la tu nanti rezeki untuk kami sekeluarga.

Sejak dia tanggung aku sepenuhnya, sejak dia buat segala kerja rumah tanpa merungut- basuh baju, sidai baju, sapu rumah, mop rumah, kemas dapur, lipat baju walau pun senget benget, you name it, dia lah yang buat semua. 


Malah siap tolong urutkan kaki, badan aku yang kesakitan lepas dia balik dari kerja, aku selalu ucapkan terima kasih pada dia. Tapi dia hanya diam. Dia tak balas satu apa.

Sampailah satu hari tu masa dia tengah urut kaki aku, dia kata,

“Awak tak perlu la ucapkan terima kasih dekat saya, saya tak suka. Sebab tu saya diam je” Aku cakap pada suami..“Dah awak tolong saya macam-macam, tanggung makan minum saya, so saya ucapla terima kasih. 

Macam kalau kita buat salah kat orang, kita minta maaf kan, ni kita bersyukur ada orang tolong so kita cakap la terima kasih.”

Suami balas,

“Itu tanggungjawab saya syg”

Jawab aku pula,

“Memang tu tanggungjawab awak, tapi awak tau tak berapa ramai suami kat luar sana walaupun diorang tau apa tanggungjawab diorang tapi diorang tak buat pun? Tapi awak buat, sebab tu saya berterima kasih”

Suami aku hanya diam.

Sungguh, saat ni aku sangat bersyukur dikurniakan suami sepertinya. Aku tak tau apa masa depan kami, adakah kami masih akan bersama ataupun tidak, berapa lama jodoh kami berdua akan bertahan, semua nya rahsia Allah! 

Apa yang aku tau, di saat ini, waktu ini, inshaAllah dengan izinNya aku takkan sia-sia kan masa yang aku ada bersama suami aku. Bersabarlah wahai suami, inshaAllah ada rezeki yg lebih baik untuk kita sekeluarga nanti.

Buat suami, aku tak mengharapkan kemewahan, cukup lah apa yang ada ni asalkan halal, dan diredhai Allah. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah kau korban kan untuk aku. 

Aku tak pernah sangka yang kau sanggup ada dengan ku di saat aku tengah jatuh. Walaupun kita dah mengenali satu sama lain dari zaman universiti. Aku tak pernah sangka sebab dari kecik aku diajar untuk tak mengharapkan sesiapa, kecuali diri sendiri dan Allah. Tapi aku silap, kau lah yang ada dengan aku, kau saja lah yang setia.

Post ini bukan aku nak memuji suami berbukit-bukit semata, tapi hanya sekadar luahan hati kecil aku. Setiap kali pandang muka nya bila tengah tidur, hati aku jadi sebak. Aku yang kekononya kuat di siang hari, jadi lemah bila malam. 

Wahai suami-suami di luar sana, laksanakan lah tanggungjawab kamu sebagai seorang suami, bahagiakan lah isteri mu, senang kan lah hati dia, sama-sama lah didik anak-anak untuk menjadi anak-anak yang baik, taat dan mendengar kata.

Bila sang isteri redha, bahagia dan beryukur dengan kehadiran mu, inshaAllah rezeki mu akan melimpah ruah dengan izinNya sebab isteri akan sentiasa mendoakan segala yang terbaik ada di muka bumi ini, hanya untuk kamu wahai suami.





Sumber: kakishare.my